Saturday, 13 July 2019

Suami Orang Lebih ‘Power’ Dari Lelaki Bujang


Ini mungkin kedengaran gila dan merepek. Tapi inilah luahan sebenar seorang perempuan yang sudah berkali-kali telah jatuh cinta dengan suami orang.

Bukan sikit-sikit pengalamannya bercinta dengan lelaki yang sudah berkahwin. Kali ini sahaja dia sudah merasa cinta suami orang masuk kali keempat.

Peliknya, cintanya terhadap suami orang bukan berdasarkan keikhlasan tapi hanya kerana berasa bangga apabila menjadi pemenang dalam hubungan cinta tiga segi atau dengan kata mudah menjadi perampas.


Menurutnya, bercinta dengan lelaki bujang tidak mampu mengukur tahap cinta sebenar seperti bersama suami orang yang sanggup meninggalkan isteri dan ahli-ahli keluarganya.

Baca luahan wanita ini menerusi screencap di bawah:


“Aku memang suka suami orang. Aku tak suka lelaki bujang.

“Macam mana kau yakin lelaki bujang betul-betul cintakan kau? Macam mana dia cintakan kau out of loneliness? Macam mana kalau dia layan kau sebab kau seorang je yang layan dia, so dia takde choice, dia ambil jelah kau.

“Tapi bila kau cinta dengan suami orang, even he has a choice.. he still chooses you.

“Paling seronok dia sanggup tinggalkan isteri dia untuk kau,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pengorbanan cinta suami orang sangat berbeza berbanding lelaki bujang kerana mereka perlu menjalani bermacam-macam proses penceraian, turun naik mahkamah dan bermacam-macam lagi semata-mata untuk dapatkan dirinya.

Mungkin ada yang rasa tidak masuk dek akal, tapi bagi wanita ini bercinta bersama suami orang merupakan kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Senang kata, wanita ini sudah seperti gila dan pentingkan diri tanpa memikirkan hati dan perasaan isteri dan anak-anak kekasihnya.

Bagaimanapun, wanita ini mempunyai modus operandi yang pelik dalam menjalani hubungan cinta bersama suami orang.

Mana tidaknya, dia mengaku akan meninggalkan kekasihnya setelah selesai urusan penceraian kerana percaya lelaki begitu boleh mengulangi perkara yang sama terhadap dirinya.

Jelasnya, dia bukan jenis wanita yang boleh ‘tunduk’ dengan cinta.

Apabila mendengar pengakuan wanita, rasa menyampah dan marah pun ada, apatah lagi memikirkan tentang tujuan wanita ini yang seolah-olah hanya ingin menghancurkan masjid yang telah lama dibina.

Kita doakan semoga wanita ‘spesies aneh’ ini segera bertaubat agar tiada lagi yang menjadi mangsa.

Sumber: Aliff Channel


from Sehinggit Media https://ift.tt/2G8qZoP
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LqVye3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment