Wednesday, 10 July 2019

Bunyi Kentut Bantu Polis Missouri Tangkap Suspek Penjenayah


BANDAR RAYA KANSAS, Missouri - Seorang lelaki yang dikenakan waran tangkap diberkas hujung minggu lalu selepas dia terkentut terlalu kuat, membolehkan polis mengenal pasti tempat persembunyiannya.

Polis tidak mendedahkan nama suspek itu dalam kenyataannya tetapi berkata, waran tangkap dikeluarkan kerana kesalahan memiliki bahan terlarang.

Suspek yang bersembunyi daripada polis telah terkentut dengan amat kuat sehinggakan mendedahkan tempat persembunyiannya.

Menurut pejabat syerif daerah Clay County, anggotanya tidak memerlukan anjing pengesan untuk ‘menghidu’ suspek.

“Sekiranya kamu dikenakan waran tangkap, polis pula sedang memburu kamu dan kamu kentut begitu kuat sehingga tempat persembunyian kamu terbongkar, kamu tentu mengalami hari yang teruk,” kata pejabat syerif berkenaan di akaun Facebooknya. – Agensi


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jv2wuM
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2LLZ3uP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment