Tuesday, 9 July 2019

Bapa Lempang Muka Anak Sampai Mata Tersembul Keluar Dari Soket Mata


Seorang bapa hilang pertimbangan apabila menampar anak lelakinya dengan kuat sehingga mangsa mengalami kecederaan parah.

Tamparan kuat itu menyebabkan mata kiri mangsa tersembul keluar daripada soket mata.

Menurut laporan, kejadian yang mengerikan itu berlaku di Tlaxiaco, Oaxaca, Mexico, kira-kira sebulan lalu.

Mangsa segera dibawa ke hospital oleh ibunya, namun hospital tersebut tidak dapat merawat mangsa kerana kekurangan doktor pakar.



Kanak-kanak yang berusia dua tahun itu dikhuatiri hilang pengelihatan mata kiri.

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, ibu mangsa memaklumkan terdapat bintik-bintik putih seakan-akan jerawat pada mata kiri anaknya.

Si bapa kemudian menampar mangsa sehingga mata mangsa mula membengkak akibat trauma periorbicular dan tersembul keluar dari soket mata.

Pihak hospital percaya, ada tumor di bahagian mata kiri mangsa dan impak dari tamparan itu memburukkan lagi situasi mnagsa.

Tidak diketahui sama ada suspek telah ditahan atau sebaliknya.

Sumber: Sinar Harian via www.thereporter.my

from Sehinggit Media https://ift.tt/2YKNk3k
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XBa5Fl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment