Sunday, 8 April 2018

Tombol Sinki Bilik Air je Dah RM100,000. Ini 6 Fakta Menarik Tentang ‘Istana’ Aliff Syukri Yang Bakal Buat Korang Ternganga


“Sebuah bilik makan dibina hampir serupa dengan rumah jutawan arab dan salah satu perabot Versace hanya ada tiga unit saja dalam dunia. ”

Kalau dulu kita asyik dengar macam-macam cerita pasal rumah Dato’ Aliff Syukri yang still tak siap-siap dibina sampai muncul beberapa kontroversi yang tak enak didengar ramai. Tapi sekarang, mahligai yang digembar gemburkan tu akhirnya siap jugak. Yeay!

So dua hari lepas (3 April 2018), Dato’ Aliff dan Datin Shahida ada buat house warming sekali dengan sambutan hari jadi Dato’ Aliff kat rumah baru dia dengan jemput rakan artis dan media untuk buat liputan. Nak tau apa ada dalam rumah dia? Meh kami senaraikan enam perkara tentang mahligai Dato’ Aliff yang akan buat korang ternganga. 

1. Mula pasang hajat bina mahligai lepas melawat Istana Pahang


Dalam sesi temubual dia dengan mStar, Dato’ Aliff ada cakap yang dia ni dah lama sangat termimpi-mimpi nak ada rumah mewah macam istana sejak berumur 23 tahun. Fuh dah lama tu kan! Tapi impian belum lagi tercapai sampai lah dia pegi melawat Istana Pahang masa dapat pangkat datuk lapan tahun lepas.

Masa terima darjah kebesaran tu, Dato’ Aliff pun sempatlah usha kemewahan istana tu dan siap pasang plan nak buat konsep rumah mewah macam tu pada satu masa nanti.



“Alhamdulillah akhirnya tahun 2018, impian saya ini berjaya direalisasikan dan ia adalah hasil kerja keras saya sendiri,” kata Dato’ Aliff.

2. Adaptasi konsep Royal Modern Classic


Rumah yang ambil masa empat tahun untuk siapkan ni adaptasi konsep Royal Modern Classic dan ia dah direka oleh designer peribadi Dato’ Aliff yang berkelulusan Amerika Syarikat. Designer ni jugak katanya bukan calang-calang orang sebab dah ada pengalaman 30 tahun wooo…

Dan antara konsep menarik dalam rumah yang dipanggil ‘Palace Aliff Syukri’ ni ialah sebuah bilik makan yang dibina hampir serupa dengan rumah jutawan arab. Dato’ Aliff jugak ada beberapa buah bilik yang ditiru serupa macam rumah selebriti Celine Dion dan Shah Rukh Khan serta Sultan Brunei. 

Bukan main…



Tak cukup dengan tu, tangga utama rumah pulak ditiru konsepnya macam Hotel Renaissance kat Kuala Lumpur dan tiang-tiang utama kat rumah tu macam bahagian depan Hotel St. Regis.

3. Perabot rumah dari luar negara


Salah satu kontena berisi perabot

Ingat lagi tak masa rumah Dato’ Aliff bocor pastu dia terjerit-jerit lari satu rumah? Haa mana taknya Dato’ Aliff risau weh, barang perabot rumah dia semua import luar negara! Dan menurut satu sumber, tiga kontena digunakan untuk isi semua perabot custom made jenama terkemuka dunia dari negara macam Itali, Sepanyol, London dan Jakarta.


Antara perabot mewah kat rumah Dato’ Aliff ni macam kerusi agam dari Fendi, perabot dan cawan dari Versace serta peti sejuk yang dihasilkan secara custom made tau you alls! Dan lagi menarik, salah satu perabot Versace dibeli Dato’ Aliff ni hanya ada tiga unit saja dalam dunia. 



Pastu yang boleh buat korang ternganga habislah ialah tombol sinki bilik air yang diperbuat daripada kristal Swarovski asli berharga RM100,000! Ko hado?? Haa nan hadooo! 


Ni haa tombol RM100,000 tu

4. Ada 30 bilik termasuk surau dan bilik kebal


Dengan keluasan 40,000 kaki persegi, mahligai tiga tingkat ni ada 30 bilik tau! Terkejut kan?? Siapa yang nak duduk bilik-bilik tu sebab Dato’ Aliff anak beranak ada enam orang je. Tu belum masuk baby yang Datin Shahida tengah pregnant sekarang.

Tapi tahukah korang, 30 bilik ni termasuklah bilik tidur utama, bilik tidur tetamu, bilik makan, gimnasium, bilik kebal, surau, bilik beg, bilik kasut, bilik solek, bilik…. wuish macam-macam bilik lah. Never ending kalau admin nak tulis! Dan lagi best, semua bilik tidur ada tandas dan bilik kasut pulak boleh simpan 1,500 kasut yang semua milik Dato’ Aliff dalam satu masa. Kat mana agaknya Datin Shahida simpan kasut dia eh? 


Selain bilik-bilik ni, Dato’ Aliff ada jugak ruang berhibur iaitu pawagam dan karaoke mini yang TGV design sendiri untuk dia tauu! Kurlass sangat! 

5. Masih rahsiakan harga pembinaan rumah


Ni lah chandelier tu. Grand habis!

Dengan reka bentuk rumah yang besar, mewah dan macam mahligai kalau orang luar tengok, mesti kos pembinaannya pun bukan calang-calang kan. Bayangkanlah, harga chandelier dekat bahagian depan rumah pun dah sejuta… berapa agaknya harga keseluruhan rumah ni?


Tapi Dato’ Aliff kata dia nak keep low profile dan tak mau reveal berapa kos pembinaan Palace Aliff Syukri sebab dia tak mahu orang kutuk atau cakap buruk pasal dia lagi. Lagipun niat dia nak berkongsi pasal rumah baru ni bukan sebab nak menunjuk-nunjuk atau riak pun, tapi sebagai inspirasi dekat masyarakat luar sana supaya jadi macam dia dan jangan putus asa untuk kejar impian.


“Demi Allah saya bukan nak riak. Apa yang saya kongsi ini adalah hasil usaha sepanjang melalui kepayahan hidup, dari tiada apa-apa sehingga tercapai ini semua,” kata Dato’ Aliff. Ah gitew… jangan cepat salah sangka you alls semua!

6. Selain Palace Aliff Syukri ada lagi 3 lagi kediaman milik Aliff


Palace Aliff Syukri ni bukan satu-satunya rumah yang usahawan kosmetik ni ada tau. Dia actually ada satu lagi rumah kat Pavillion Kuala Lumpur dan dia jugak ada rumah penginapan yang bernama Sugeh Resort. Sugeh Resort nilah yang uruskan Sugeh Village kat Sungai Buloh dan Sugeh Hill kat Janda Baik. Seronoknyaaa jadi Dato’ Aliff ni ada banyak rumah! 


Papepun tahniah kepada Dato’ Aliff dan keluarga sebab rumah baru dah siap dan semoga kisah kejayaan jutawan kosmetik ni jadi inspirasi buat semua.

Sumber: Lobakmerah.com, BlogMazeer


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JuPo8n
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2H8SrVe
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment