Tuesday, 10 April 2018

“Adik Saya Baru 17 Tahun… Jangan Kritik Dia” - Neelofa


SEMENJAK akhir-akhir ini, adik kepada pelakon dan pengacara Neelofa iaitu Nur Ameera Khan sering menjadi bualan ramai selepas tindakannya memperlekehkan telefon pintar jenama Samsung selain imej seksinya yang mendapat perhatian netizen.

Setiap gerak-geri gadis berusia 17 tahun itu sentiasa menjadi perhatian sehingga ia turut mengaitkan nama keluarga dan Neelofa sendiri apabila ada yang tidak berpuas hati terhadapnya.

Neelofa yang diminta mengulas mengenai Ameera berkata, adalah tidak adil segelintir pihak mengheret ahli keluarga terutama adik kesayangannya itu kerana mereka bukan selebriti.

Malah kata pemenang trofi Top Top MeleTOP, Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) itu, dia berharap netizen tidak terus menerus mengkritik adiknya itu hanya kerana kesalahan dilakukannya.

"Dia baru sahaja berusia 17 tahun, saya rasa perlu bagi dia ruang untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesalahan yang dilakukan.


Ameera sentiasa menjadi perhatian.

"Tidak adil untuk terus menerusi mengkritiknya," katanya.

Bagaimanapun kata Neelofa, dia sebenarnya bangga dengan Ameera kerana adiknya itu kuat semangat berhadapan dengan setiap kritikan terhadapnya.

"Saya bangga dengan dia kerana dia sangat kuat... lagi kuat daripada saya sebenarnya.

"Saya sendiri tak rasa dapat jadi sekuatnya jika perkara ini berlaku ketika saya seusianya," ujar Neelofa.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia berharap dapat menjadi inspirasi kepada adiknya itu dalam melakukan perkara baik dalam hidup pada masa hadapan.


Neelofa dan Khai Bahar pemenang utama Anugerah MeleTOP 2018.

"Banyak yang dia tengok dan belajar daripada saya dan sebagai kakak saya harap boleh terus memberi inspirasi kepadanya untuk buat perkara yang baik dalam hidupnya," katanya lagi.

Bercakap tentang perkembangan terbaharunya, Neelofa berkata, dia bakal terlibat dalam sebuah kempen anti buli siber pada minggu hadapan.

Katanya, dia berharap dengan penglibatannya dalam kempen itu dalam memberi inspirasi dan kesedaran kepada masyarakat tentang salah guna sosial media.

"Saya harap kempen ini akan tular dan mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media untuk mengecam dan mengkiritik orang lain.

"Kita akan memfokuskan kepada pelbagai sudut dan perkara ini sangat penting kerana buli siber semakin membimbangkan," katanya.

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2qk3jpI
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GNLtpg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment