Heboh di media sosial yang mendakwa Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkunjung ke AEON Tebrau hari ini dan membelanja kesemua pengunjung di pasar raya berkenaan.
Berdasarkan video yang viral, TMJ dan isterinya, Che Puan Khaleeda Bustamam, datang ke pasar raya berkenaan dan dilihat membuat pengumuman yang menyatakan bahawa pengunjung di situ boleh mengambil apa sahaja barangan yang mereka mahukan di pasar raya itu dan kesemuanya di bawah tanggungan TMJ.
Pengumuman TMJ itu membuatkan ramai pengunjung bersorak gembira dan tanpa membuang masa, ramai yang menyerbu pasar raya berkenaan.
Dalam video kedua, lelaki yang dipercayai pasar raya pengurus berkenaan memaklumkan setiap seorang diberikan had perbelanjaan sebanyak RM3,000 sahaja.
Dengan jumlah kehadiran pengunjung yang ramai, dipercayai hampir habis semua barang jualan yang berada dalam pasar raya itu.
Sementara itu di media sosial, netizen tidak berhenti-henti memuji kemurahan hati TMJ dan mendoakannya dimurahkan rezeki.
"Dengar cerita sekarang di AEON Tebrau berlakunya pesta membeli-belah. TMJ belanja RM3,000 seorang. Maksimum jumlah perbelanjaan RM1 juta," kata Syazana.
"TMJ belanja semua orang yang berbelanja di AEON Tebrau setiap seorang RM3,000. Ya Allah, murahkan rezeki TMJ!" kata @izyanabila.
"Perghh! Bestilah siapa ada di AEON Tebrau tadi. TMJ datang bagi habuan belanja barang dapur. Limit seorang beribu-ribu juga. Staff SenQ ada yang dapat. Kenapalah tak datang AEON Bukit Indah," kata Hafidz Khamidi.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media https://ift.tt/2v7T1hm
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qo2PPB
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment