Bintang realiti Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Zizi Kirana menafikan menjadi punca perceraian pelakon Alif Hadi.
Zizi, 32, yang juga bekas anggota kumpulan Fabulous Cat itu menegaskan, dia mengenali Alif, 30, sudah lama dan hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan.
“Saya selesa berkawan dengan Alif kerana sekepala, bukannya ada hubungan istimewa seperti yang didakwa banyak pihak.
“Tanggapan mengatakan kami menjalin hubungan cinta mungkin disebabkan keakraban antara kami berdua sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.
“Lagipun, saya tidak punyai ramai kawan lelaki, sebab itulah timbul pelbagai persepsi dan spekulasi liar,” katanya.
Tambah Zizi, dakwaan mengatakan mereka bakal berkahwin juga adalah khabar angin semata-mata.
“Alif tu saya anggap macam adik. Jujurnya, saya selesa solo. Siapalah yang nak kan saya?” tambah Zizi.
Sumber: Utusan Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2JI9bRR
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GV8vux
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment