Wednesday, 11 April 2018

"Mashaallah Tikus Besar Lalu Kat Badan Pun, Mereka Lena Tidur…" - Ustaz Ini Gigih Bantu Anak Remaja Di Tengah Ibu Kota


Bila pusing bandar lebih 300 orang tidur begini. Paling tak tahan, bila jumpa puluh anak remaja tidur dekat bawah jambatan. Air mata laju berlinangan. 300 bungkus makanan dan air kotak saya bawa beberapa kali seminggu pusing bandar begini. Balik ceramah jauh-jauh sampai KL tengah malam terus ambil makanan sedap bawa bagi-bagi pada mereka ini.


Penuh tikus besar-besar lalu dekat kepala dan langkah kaki dan badan mereka. Tikus KL ni besar-besar betul. Tengah kita elak tikus, ada remaja begini tidur. Bila kejut mereka ajak makan. Mereka nak makan kerana lapar. Mereka kelam kabut makan kerana lapar. Mana yang tidak tergesa-gesa dan belum tidur saya beri sedikit kata-kata semangat dan nasihat bekalan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Anak muda ini dah 4 hari tidur disini.


Lagi sebak memang ada umur remaja lagi tidur sana sini. Berhari-hari tak mandi. Baru ini saya bawa lagi sekumpulan anak muda makan pukul 2 pagi. Mereka makan. Bila suap makanan mereka makan dari suapan saya. Mereka dahagakan kasih sayang. Ajak mereka solat mereka solat sama-sama saya. Esok janji beli pakaian buat mereka. Ajak mereka beli keperluan harian mereka. Beberapa kali ajak mereka mandi di bilik hotel dan solat.

Bila berbual dan dakwah mereka. Mereka suka nak dengar. Banyak soalan-soalan mereka. Bestnya jika dapat bimbing mereka semua solat baca Al-Quran. Dan bawa mereka program motivasi bersama saya jadi daie. Tak pernah saya jumpa remaja tak boleh berubah setakat ini. Allah Maha Baik.


Ada sekali saya bawa seorang pakcik miskin hidup merata-rata tidur. Kaki sebelah tiada. Bila dia ikut program motivasi iman, solat, sahsiah. Dari Maghrib sampai Subuh. Dia teringin nak belajar lama lagi. Saya ajak dia belajar iman dan dakwah tempoh panjang sikit. Beri duit belanja buat dirinya. Pakcik tadi menangis masa sarung jubah dan serban. Katanya ustaz, saya sangat bahagia hari ini. Inilah hari paling bahagia dalam hidup saya.

Indahnya jika dapat bantu mereka semua. Badan mereka lemah kerana tiada makanan dan tempat tinggal. Jiwa mereka putus asa kerana dalaman mereka tidak disi dengan mengenal Allah. Kita tak boleh paksa mereka. Tetapi kita penuhkan dada dengan iman dan ilmu serta kebajikan mereka dijaga.


Saya teringin nak kumpulkan semua mereka ini dapat disi dalaman mereka dengan kemanisan iman. Diberi jalan hidup dengan ilmu. Penuh mesej anak remaja ini pada saya. Mereka dah jadi macam kawan-kawan dengan saya. Ya Allah, berkatilah dan bantulah diriku untuk bantu semua anak muda remaja ini.

Saya dan beberapa sahabat saya ada fikirkan beberapa program untuk remaja dan gelandangan ini semua. Cuba hantar proposal dekat mana-mana kementerian tapi macam takde feeadback sangat lagi. Takpelah. Saya akan terus buat sikit-sikit. Selalu buat kuliah tepi jalan dengan mereka walau sekejap.


Cita-cita saya nak bawa mereka motivasi iman, solat dan sahsiah serta cuba beri jalan untuk mereka. Takut nanti Allah tanya kami beri kamu makan kenyang tidur lena. Ada ratus orang lapar dan sakit tidur bawah jambatan. Ada ribuan remaja hancurkan hidup mereka dengan perkara haram. Apalah saya nak jawab? Malu dengan Nabi SAW. Ada 2 kaki, 2 tangan tapi tak buat apa-apa untuk anak remaja ini. Dulu Islam ini menyelesaikan semua masalah masyarakat dan umat manusia. Semoga Allah maafkan saya dan bangkitkan semula semangat Islam itu.

Ada orang cakap diaorang tu malas. Tak salah pun. Boleh cakap apa pun. Soalannya kita yang rajin dan baik ni buat apa? Pernah ke tidur masjid? Pernah ke tidur bawah jambatan? Kurang-kurang doakanlah yang baik-baik. Dalam Al-Quran Allah sebut penipu dalam agama ini ialah orang yang tak mahu tolong orang miskin dan anak yatim bahkan ada orang tak suka tengok orang tolong orang miskin dan anak yatim. Kalau tak kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?


Teringat Saidina Umar ra cari orang susah dan sakit. Cari sendiri walau tengah malam. Manusia paling mulia Nabi Muhammad SAW korbankan waktu tidur tolong Bilal ra. Khalifah dulu cari orang miskin. Tahu tak sebab apa, sebab mereka tahu rahmat Allah dan keberkatan datang bila kita tolong orang susah. Zaman sekarang saya dan kita lupa. Kita sibuk bodek orang kaya dan besar sebab mereka boleh beri apa yang kita nak. Kita lupa yang boleh beri cuma Allah. Cukuplah Allah untuk kita semua.

Sumber : Ebit Lew , https://ift.tt/2gd4Ye1


from Sehinggit Media https://ift.tt/2EB9hXv
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GUgpAp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment