Thursday, 12 April 2018

Inilah Rakyat Malaysia. Tak Dapat Barang Percuma Tinggal Macam Tu Je..


Pasar raya Aeon Tebrau di sini, ditutup kepada orang ramai semalam, bagi tujuan pembersihan selepas diserbu orang ramai, semalam.

Satu notis pemberitahuan kepada pengunjung dikeluarkan memaklumkan bahagian pasar raya pusat beli belah itu terpaksa ditutup sehingga diberitahu selain permohonan maaf pihak pengurusan atas kesulitan terbabit.

Penutupan bahagian pasar raya itu lanjutan kunjungan mengejut Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam, semalam.

Ketika kunjungan itu, Tunku Ismail mengumumkan menggunakan pembesar suara akan membelanja setiap pelanggan sehingga RM3,000 barang keperluan sehingga menyebabkan ramai pelanggan memenuhkan troli sebelum beratur ke kaunter bayaran.

Bagaimanapun, pasar raya itu hanya beroperasi sehingga 10 malam tadi di mana daftar tunai untuk mencatat jualan ditutup menyebabkan pelanggan meninggalkan troli mereka yang penuh dengan barangan.

Beberapa gambar turut dimuat naik dalam laman sosial menunjukkan troli yang dipenuhi barangan makanan seperti ais krim berselerak di kaunter pembayaran.

Tinjauan terhadap kakitangan Aeon Tebrau City, memberitahu disebabkan oleh kejadian itu, pihak pengurusan terpaksa menutup ruang pasar raya berkenaan untuk memulihkan semula stok barangan yang dibeli selain membersihkan troli yang ditinggalkan pelanggan.

“Pagi ini notis sudah diletakkan pada pintu pasar raya dan ditutup kepada pelanggan,” katanya.

Katanya, pasar raya itu mungkin dibuka semula pada petang ini selepas kerja pembersihan dan mengisi semula stok barangan selesai dilakukan.

Dalam pada itu, terdapat juga pihak yang mengeluarkan berita paslu di Pontian bahawa TMJ akan belanja rakyat di sana.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GUw3vx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2qo0HY3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment