Wednesday, 11 April 2018

Rupanya Neelofa Pernah Berjiran Dengan Mona Fandey. Pernah Makan Bersama Mona Dan Keluarga. Ini Kisahnya!


Siapa sangka di sebalik filem Dukun yang telah mencetuskan satu fenomena di negara ini, secara tak langsung telah memberi kesan kepada pelakon dan pengacara Neelofa. Menerusi program bual bicara Meletop episod ke-283, pihak produksi telah menjemput barisan pelakon hebat filem Dukun iaitu Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein & Hasnul Rahmat.


Umie Aida berkesempatan berkongsi pengalaman misteri ketika melakonkan watak Diana Dahlan. Umie mendedahkan dia hampir mengalami histeria ketika dia melawat ke bilik gantung sebelum tubuhnya tiba-tiba menggigil dan ketakutan.

Neelofa Tak Tidur 2 Malam

Apa yang menarik, Neelofa juga berkongsi ceritanya selepas menonton filem Dukun sehinggakan dia tak dapat tidur selama 2 hari. Ini kerana watak Diana Dahlan mengambarkan personaliti Mona Fandey yang merupakan bomoh terlibat dalam pembunuhan Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993.

Neelofa mendedahkan bahawa kisah Mona sangat dekat dengan dirinya kerana rumah keluarganya di Kelantan berhadapan dengan rumah keluarga Mona.

“Saya tak boleh tidur selama 2 hari selepas menonton filem Dukun. Sebenarnya saya lahir di sebuah kampung di Kelantan dan secara kebetulan rumah keluarga saya berhadapan dengan rumah Mona. Sehingga sekarang rumah itu masih ada dan kami sekeluarga ada gambar dan pernah makan bersama keluarga Mona suatu ketika dahulu” -katanya



Rumah Mona Fandey Di Kelantan

Jika anda fikir rumah Mona terletak di Shah Alam? di Raub? di Kajang? Sebenarnya hanya satu sahaja rumah sebenar Mona Fandey ini iaitu di Pasir Mas, Kelantan. Sekampung dengan Neelofa.

Hasil pencarian dari Hangat.com, kami berjaya hubungi keluarga terdekat arwah Mohd Affandi Abdul Rahman iaitu suami ketiga Mona. Menurutnya, rumah Mona di Salor, Pasir Mas Kelantan adalah milik Affandi sebelum dia bernikah dengan Mona.

Rumah itu telah diduduki oleh Irwan Affandi yakni anak Affandi dari perkahwinan terdahulu. Rumah itu tidak jauh dengan rumah Neelofa dan difahamkan ia masih didiami namun spekulasi rumah itu di situ tidak benar. Hanya beberapa barang berkaitan dengan kes arwah Dato Mazlan telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Dukun Bukan Filem Seram

Dukun bukanlah cerita sebenar dari Mona Fandey. Ia bergantung kepada interpretasi penonton itu sendiri. Filem ini lebih kepada penyiasatan polis iaitu bagaimana sekumpulan polis mahu mengaitkan kes Diana Dahalan yang sudah didakwa, dengan kes-kes pembunuhan yang tak selesai sejak 10 tahun. Anda kena tonton untuk nilaikan sendiri.

Sumber: Hangat.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2IGvlCD
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2JCXWKg
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment