Seorang nenek khuatir dengan keselamatan dan masa depan cucu perempuan berusia empat tahun selepas mendakwa mangsa menjadi mangsa cabul di Johor Bahru, sejak setahun lalu.
Wanita berkenaan dikenali sebagai Asiah, 51, berkata, dia yang turut menjaga cucunya secara bergilir dengan anak perempuannya, terkejut apabila menemui kesan melecet pada kemaluan kanak-kanak itu beberapa kali.
Dakwanya, dalam tempoh setahun lalu, bekas menantu membawa cucu ke rumahnya pada setiap hujung minggu.
“Beberapa kali selepas dihantar pulang, saya menemui kesan kemerahan di kemaluannya. Sebanyak tiga kali, dia menjalani pemeriksaan dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kini di Hospital Sultan Ismail (HSI).
“Doktor mengesahkan kemaluannya mengalami jangkitan kuman dan kulat namun tidak dapat mengesan punca,” katanya kepada NSTP.
Asiah mendakwa, pada 4 April lalu, ketika memandikan cucunya, kanak-kanak itu turut mengadu kemaluannya pedih.
Menurutnya, apabila disoal, cucunya mendakwa dia diusik bapanya.
“Cucu saya menyatakan dia diusik bapanya iaitu bekas menantu selain memberitahu burung (kemaluan) bapanya mengeluarkan air dan basah
“Saya mempersoal perkara itu kepada bekas menantu, namun dia menafikannya,” katanya.
Difahamkan, anak perempuan Asiah dan bekas menantu berusia 28 tahun bercerai, pada tahun lalu.
Pasangan itu dikatakan memiliki tiga cahaya mata berusia antara dua hingga empat tahun.
Mereka di bawah jagaan Asiah dan anak perempuannya.
Asiah berkata, susulan kejadian, dia membuat laporan di Balai Polis Setia Indah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.
“Siasatan polis berasaskan kepada laporan perubatan terhadap mangsa,” katanya.
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ew1474
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2IDFe3M
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment