Saturday 7 April 2018

Ini Harga Perabot Mahligai Baru DS Aliff Syukri Yang Menyamai Nilai Setahun Gaji Korang


Mahligai milik usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sudah hampir siap dibina sepenuhnya.

Walaupun peringkat akhir bahagian bawah tanah belum boleh didiami sepenuhnya, Aliff Syukri teruja untuk berkongsi keindahan dan kemewahan mahligai itu baru-baru ini.

Astro Gempak berkesempatan untuk 'menjelajah' sekitar mahligai yang diberi nama Aliff Syukri Palace yang tersergam indah di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kediaman itu didirikan atas tanah lot 1 ekar bernilai RM13 juta dan mengambil masa lima tahun untuk disiapkan.

"Nilai kediaman baru saya ini biarlah saya sahaja yang tahu," katanya ketika ditanya tentang kos pembinaan Aliff Syukri Palace itu.

Manakala, Aliff Syukri memperuntukkan RM11 juta untuk kos hiasan dalaman mahligai 30 bilik itu.

Setiap bilik menurutnya menampilkan seni bina berbeza mengikut tema yang dimahukan.

30 bilik itu merangkumi bilik tidur, bilik rehat keluarga, bilik mandi, bilik pakaian, ruang makan, ruang santai, ruang pejabat, ruang tamu, dapur dan sebagainya.

Kelengkapan rumah dan perabotnya pula diimport dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali.

Kami juga sempat meneroka beberapa perabot mewah yang masih tertera harga sebenar ketika dibeli Aliff Syukri dari luar negara.

1) Candelier ruang tamu

Ruang tamu utama kediaman ini diisi dengan candelier berjuntai setinggi dari siling mencecah lantai.

Candelier itu merupakan keluaran pereka perabot terkenal Jonathan Charles.

Harga: RM189,888.99



2) Almari

Sebuah almari berwarna keemasan digunakan untuk mengisi hiasan kaca diletakkan di sudut ruang tamu kedua kediaman ini.

Sama seperti candelier tadi, perabot ini direka oleh Jonathan Charles.

Harga: RM89,888.99



3) Jam 

Jam hiasan gergasi ini diletakkan di salah satu ruang antara ruang tamu, masih berkonsepkan warna keemasan, jam ini merupakan produk keluaran Europe Asia Furniture & Lighthing.

Harga: RM35,000



Sumber: Astro Gempak


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JpIUaC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Jv0jPh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment