SEPASANG suami isteri mengalami pengalaman cukup perit apabila bayi mereka yang berusia sebulan meninggal dunia kesan daripada menghidu asap rokok tetamu yang hadir ke majlis aqiqahnya.
Menceritakan kisah pilu itu, Fitria Indah Lestari atau Indah menerusi Facebook berkata pada 17 Julai 2017 dia sekeluarga mengadakan majlis cukur jambul dan aqiqah untuk anak lelakinya Muhammad Hafizh Syawal.
Bayinya Meninggal Kena Pneumonia Akibat Asap Rokok, Curhatan Ibu Muda Ini Viral
Menurutnya majlis diadakan di rumah mentuanya kerana ruang lebih luas dan pada malam kejadian, dia membawa bayinya ke ruang tamu kerana ramai yang ingin melihat anaknya itu.
“Aku terlalu sibuk dengan tetamu sampai aku tak menyedari kalau ada orang yang sedang merokok.“Awalnya Hafizh baik-baik sahaja namun selepas dua hari majlis berlalu, Hafizh mengalami batuk-batuk dan sesak nafas.“Aku memberitahu suamiku tentang keadaan Hafizh, akhirnya aku diberikan ubat batuk. Memandangkan Hafizh masih terlalu kecil, aku yang minum ubatnya (sebelum dia disusukan),” tulisnya.
Malangnya keadaan Hafizh masih tidak sembuh sehingga Indah dan suami terpaksa membawa anak mereka berjumpa jururawat namun tiada ubat diberi kerana bayinya masih kecil.
Akhirnya, Hafizh dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan barulah doktor mengesahkan Hafizh menghidap pneumonia atau paru-paru berair.
Indah dan suaminya tidak henti berdoa agar Hafizh sembuh dengan segera namun keadaannya semakin teruk dan dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi Pediatrik.
Doktor kemudian memberitahu mereka bahawa pneumonia dialami Hafiz adalah kritikal.“Sepatutnya paru-paru Hafizh semuanya berwarna hitam tetapi paru-parunya hampir putih kesemuanya. Sebahagiannya hitam, saya perlukan tandatangan kedua-dua ibubapa sekiranya berlaku perkara tak diingini,’’ ujar doktor.Dengan berat hati, Indah dan suami menandatangani surat tersebut sambil terus berharap ada keajaiban berlaku.
Namun pada 30 Julai 2017, degupan jantung Hafizh semakin lemah dan Indah dan suaminya pasrah dengan ketentuan Ilahi.Indah mengenang saat-saat terakhir melihat bayinya, Hafizh yang disifatkannya masih mampu tersenyum meskipun nafas tersekat-sekat.Baca luahan perasaan Indah yang menyentuh hati:
Kulihat Hafizh menatapku dalam-dalam, seperti petanda kalau dia akan meninggalkan aku pergi selamanya. Aku pun tersenyum membalas tatapannya.Bunda sayaaanggg sangat dengan Hafizh. Kucium keningnya dan tak lama Hafizh pun ‘tiada’. Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.Semua menjadi sangat gelap. Duniaku telah pergi untuk selamanya. Tangisku dan tangis suamiku meledak. Ya Allah, jika ini yang terbaik. Lindungilah Hafizh, berikanlah dia tempat yang indah di surga-Mu. Berikanlah ketabahan dan kekuatan untuk kami yang ditinggalkan. Amin.emoga perokok di luar sana sedar akan kesan dan akibat perbuatan mereka kepada anak kecil yang belum cukup kuat untuk melawan penyakit.
Peringatan penting buat ibu bapa pula, jauhi anak anda dari perokok, biarlah apa pandangan orang lain, asalkan kesihatan dan nyawa anak dapat diselamatkan, itu lebih utama.
sumber KLICK.MY
from Sehinggit Media https://ift.tt/2qkhryH
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2GMe6PB
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment