Tuesday 6 March 2018

Penduduk Kampung Gempar Apabila Babi Hutan Masuk Masjid Dan Menyondol Jemaah


SEORANG jemaah Masjid Sungai Pelong, Sungai Buloh cedera akibat disondol babi hutan yang ‘menceroboh’ ke dalam masjid ketika jemaah mahu menunaikan solat Isyak, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam, babi jantan berkenaan dikatakan tiba-tiba muncul di perkarangan masjid sebelum mengejar beberapa kanak-kanak yang berada di kawasan terbabit.

Bagaimanapun, haiwan itu kemudian ‘lari’ masuk ke dalam bahagian solat masjid dan menyondol seorang jemaah sehingga cedera.

Menurut seorang jemaah yang enggan dikenali, jemaah yang terkejut dengan kejadian itu kemudian cuba menghalau haiwan terbabit.

“Selepas lebih 30 minit, haiwan itu berjaya dihalau keluar ke perkarangan masjid.

“Namun, haiwan yang dipercayai cedera di kepala itu mengamuk dan menyondol seorang jemaah. Haiwan itu kemudian ditembak mati oleh seorang jemaah yang memiliki senapang patah,” katanya.


BABI hutan yang ditembak mati di pekarangan masjid. 

Katanya, jemaah masjid turut memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

“Jemaah masjid juga menghubungi Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi membantu menyelesaikan masalah itu.

“Difahamkan, mereka akan hadir esok (hari ini) bagi membuat penilaian berkaitan masalah berkenaan,” katanya.

Difahamkan, jemaah menunaikan solat Isyak seperti biasa di ruang solat yang tidak terjejas.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2FyTtcF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oLhovJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment