Tuesday 6 March 2018

"Dia Anugerah Terindah Dari Tuhan" – Datuk Jamal Abdillah Perkenalkan Isteri Yang Berusia 24 Tahun


DIA anugerah terindah dari Tuhan pada usia saya 59 tahun. Saya juga akan menjaganya sebaik mungkin, kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Jamal, dia percaya sudah sampai masanya memperkenalkan isterinya Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dan peminat selepas 11 bulan berkahwin. Buat apa nak sorok kerana kami sudah sah bernikah dan isteri saya juga sering menemani ke mana-mana majlis sekarang.

“Pada masa sama, isteri juga baru menyesuaikan diri dalam rumah tangga kerana perbezaan usia kami 35 tahun,” katanya.

Jamal berkata ketika ditemui pada majlis Luncheon With The Stars di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, petang tadi. Jamal berkata, dia dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah, berkenalan selama dua bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Meskipun jarak usia 35 tahun di antara mereka, Jamal menganggap semua yang berlaku adalah takdir dan jodoh yang telah tersurat ke atas dirinya, diberikan rezeki untuk beristerikan orang muda.

Kami diperkenalkan oleh keluarga dan tidak kenal pun sebelum ini. Menariknya perke­na­lan de­ngan iste­rinya hanya berlangsung selama dua bulan sahaja sebelum mereka mengambil keputusan untuk mengikat cinta de­ngan perkahwinan. Meskipun ada yang menganggap tempoh ter­sebut sa­ngat singkat untuk me­­nilai hati budi masing-masing, Jamal melihat sebaliknya.

“Kami bercinta selepas nikah sebenarnya. Tapi ‘berbalah’ tu tetap ada dan itu me­rupakan perkara biasa dalam rumah tangga. Bukan senang nak berkahwin de­ngan orang muda,” katanya dalam ketawa.

“Anak saya, Osama juga okay dengan Zai Izzati,” katanya. Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HaNpEe
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tnqOCb
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment