Friday 9 March 2018

10 Tahun Kenyang 'Ratah' Anak Kandung Sendiri


Polis menahan seorang lelaki di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di Lawas, Sarawak, malam tadi, atas dakwaan merogol anaknya.


Memetik Utusan Online, tangkapan dibuat sebaik mangsa membuat laporan mendakwa dirogol bapanya sejak berusia 15 tahun.

Mangsa yang kini berusia 25 tahun membuat laporan semalam, kerana sudah tidak tahan menjadi pemuas nafsu serakah bapa sendiri, kata Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

Suspek, 47, ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


“Mangsa mendakwa dirogol suspek sejak berusia 15 tahun dan kali terakhir perbuatan terkutuk itu berlaku adalah kira-kira jam 10 pagi, 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarga,” katanya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2DeQHE8
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2IfZ71x
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment