KUALA LUMPUR - Lebih dari 60 jenis barangan makanan akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Julai ini.
Ini termasuk beberapa jenis makanan laut, sayur-sayuran, buah-buahan, teh, kopi, rempah dan mi, lapor China Press semalam.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan laporan itu dan berkata kenyataan penuh akan dikeluarkan hari ini.
"Ia hanya beberapa barangan yang tidak digunakan oleh orang ramai," katanya.
Barangan yang akan dikenakan GST itu termasuk belut, ikan todak dan buah-buahan import seperti avokado, buah ara, anggur, ceri dan beri.
Walau bagaimanapun, sayur-sayuran seperti kentang, kacang panjang, kacang, bayam dan jagung manis juga akan dikeluarkan daripada senarai GST, berkadar sifar.
Beberapa barangan lain termasuk bihun, kuey teow, mi laksa dan minyak kelapa.
Kerajaan telah memperkenalkan GST pada April 2015 dalam bentuk cukai 6% ke atas barangan dan perkhidmatan. Untuk senarai lengkap barangan dan perkhdimatan berkadar sifat, layari laman http://ift.tt/2ruvPn5 atau http://ift.tt/2rLR6YG.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sNsSlx
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2sqBvjj
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment