Sunday, 18 June 2017

Kisah Tragis Raja Faisal, Raja Arab Saudi Berjuang Untuk Palestin Tapi Akhirnya Dibunuh


Faisal bin Abdulaziz Al Saud ialah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga 1975. Sebagai raja, beliau berjasa dalam menyelamatkan kewangan negara dan melaksanakan dasar pemodenan dan pembaharuan di Arab Saudi.

Tema utama dasar luar beliau adalah pan-Islamisme, anti-Komunisme, dan pro-Palestin nasionalisme. Beliau berjaya menstabilkan birokrasi negara itu, dan beliau mempunyai pengaruh yang besar di kalangan rakyat Arab Saudi.

Raja Faisal yang merupakan seorang anti-komunis melakukan permusuhan dengan Amerika Syarikat. Pernah satu ketika setelah resolusi PBB mengenai pemecahan Palestin dan penubuhan Israel, Putera Faisal (masih belum menjadi raja) mendesak ayahandanya untuk memutuskan hubungan dengan Amerika Syarikat tetapi desakannya itu tidak diterima. 

Pada tahun 1932, ketika Raja Faisal berumur 20 tahun, beliau diangkat menjadi Menteri Luar Negeri oleh ayahnya, Abdulaziz Al Saud. 

Ayahnya pada suatu ketika mendapat jemputan mesyuarat yang diadakan di kapal pesiar USS Quincy pada Februari 1945, daripada Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt yang baru pulang dari Persidangan Yalta.

Hasil pertemuan menyatakan AS wajib melindungi Kerajaan Arab Saudi dan keluarga raja. Sebagai gantinya, AS mendapat bekalan minyak secara khusus dari Arab Saudi. Bukan hanya itu, Roosevelt berjanji untuk tidak meluluskan sebuah negara Yahudi yang bebas di Palestin.

Namun pada 5 April, Roosevelt menegaskan kepada Abdulaziz Al Saud secara bertulis untuk membatalkan janjinya. Tujuh hari kemudian, Roosevelt meninggal dunia. Setelah kematian Roosevelt, kedudukannya digantikan oleh Presiden Harry S. Truman.

Ketika kepemimpinan Truman, Raja Faisal merasa dikhianati kerana Presiden ke-33 Amerika itu menyatakan sokongan terhadap pemecahan wilayah Palestin.

Pada ketika undian dilakukan, Raja Faisal mengecam rasuah dan ugutan yang membolehkan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk mengundi dua kali (sehingga dapat keputusan yang dikehendaki).

Raja Faisal yang telah cuba meyakinkan para delegasi Arab teruk dikritik. Kemuncaknya, Presiden Truman mengiktiraf kedaulatan negara Israel selepas 15 minit pengisytiharan Israel.

Pada tahun 1964, Raja Faisal menggantikan takhta saudaranya yang dianggap tidak cekap.
Raja Faisal telah menyelamatkan negara daripada keruntuhan ekonomi dan membimbing negara ke arah pemodenan.

Pada bulan April 1965, beliau mengungkapkan ucapannya dalam Persidangan Islam Sedunia untuk menghentikan perluasan wilayah Israel.

Bentuk penentangan Raja Faisal terhadap Israel dilakukan dengan cara mempromosikan perjuangan Palestin kepada Kerajaan AS.

Selepas kematian Raja Mesir, Gamal Abdel Nasser, pada tarikh 1970, Raja Faisal menjadi penyokong utama Presiden Palestin Yaseer Arafat dan Palestine Liberation Organization.

Disebabkan Raja Faisal, Arafat diterima di Perhimpunan Agung PBB dan diiktiraf sebagai ketua negara.

Di bawah kepimpinan, Nixon, Amerika Syarikat menyokong Israel ketika Perang Yom Kippur Oktober 1973, di mana Mesir dan Syria cuba mendapatkan kembali wilayah mereka yang diduduki secara haram oleh Israel.

Selepas perang, bantuan tentera AS untuk Israel semakin meningkat. Untuk mengatasi hal itu, pada bulan April 1974, Raja Faisal menghantar menteri minyak beliau, Sheikh Yamani, ke Washington untuk memaklumkan Kissinger, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, bahawa beliau tidak akan meningkatkan pengeluaran minyak jika Amerika Syarikat tidak memaksa Israel untuk menarik diri daripada wilayah yang diduduki.

Nixon lantas mengutuskan anggota Agensi Risikan Pusat (CIA), Gral Vernon Walters untuk pertemuan sulit dengan pemimpin Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

Pada Julai 1974, Nixon sendiri bergerak ke Mesir, Arab Saudi, Syria, Israel, Jordan dan menyatakan pendiriannya dan mengkritik Israel.

Pada 6 Ogos 1974, Nixon memberitahu Kissinger bahawa beliau mahu menghentikan semua bantuan ketenteraan dan ekonomi kepada Israel jika negara zionis itu enggan melaksanakan resolusi PBB.

Malangnya, tidak lama kemudian Nixon meletak jawatan sebagai Presiden kerana Skandal Watergate.

Nixon digantikan oleh Naib Presiden Gerald Ford yang terkenal dengan pro-Israel beliau, Ford mengambil keputusan untuk memberi pengiktirafan rasmi Jerusalem sebagai ibu negara Yahudi itu. Keputusan ini telah mencetuskan kemarahan Raja Faisal.

Pada 16 Ogos 1974, Raja Faisal memutuskan untuk menggunakan 'senjata minyak' dan menimbulkan krisis minyak pertama dengan mengurangkan jumlah minyak dipam, dengan harapan untuk mempengaruhi dasar pro-Israel di Amerika Syarikat.

Selain itu, beliau menarik balik rizab emas Arab Saudi yang ada di bank-bank Amerika Syarikat. Kissinger mengancam untuk menggunakan kekerasan untuk menghentikan apa yang dipanggil "mencekik dunia perindustrian."

Satu perjanjian akhirnya dirunding dengan penghantaran utusan Raja Faisal ke Washington, Menteri Pertahanan, Sultan. Sebagai ganti penarikan Amerika Syarikat mengenai status Jerusalem dan berjanji untuk menuntut Israel kembali ke sempadan 1948, Raja Faisal menerima 1,000 penasihat tentera Amerika untuk mewujudkan Arab National Guard yang ditugaskan untuk mempertahankan pelantar minyak dan keluarga diraja.

Melalui keputusan itu, Raja Faisal meletakkan nasibnya dan keluarganya di tangan Amerika Syarikat, dan berharap Amerika Syarikat akan menetapkan semula dasar ME.

Malangnya, tetapan semula dasar ME itu tidak pernah terjadi.

Pada Mach 25, 1975, Raja Faisal dibunuh oleh anak saudaranya, Faisal bin Musad. Faisal dihukum mati dengan dipancung di khalayak ramai, tanpa diketahui punca tindakannya. Pembunuhan Raja Faisal mencetuskan kontroversi dan masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Sumber: Laicikang


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2sgDLLD
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2tDquui
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment