Wednesday, 27 January 2021

Video Tahanan Kuarantin Kantoi Sedang Berasmara Atas Katil Hospital Tersebar Di Laman Sosial

Viral di laman sosial baru-baru ni pasal video yang dikatakan mengandungi adegan tidak bermoral oleh sepasang kekasih di Hospital Umum Daerah Dompu, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. 

Tanpa diketahui, rupanya aksi pasangan itu telah dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di ruang pengasingan pesakit covid-19. Video yang berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan aksi tidak senonoh seorang lelaki dan wanita sedang melakukan hubungan intim seperti suami isteri di atas katil hospital.

Selepas saja video itu tersebar di laman sosial, Pengarah Hospital, Dr Alief Firyasa Maulana turut mengesahkan yang video itu memang diambil dari salah satu ruang isolasi pesakit covid-19 dan laporan polis telah pun dibuat oleh pihak hospital.

Menurut sumber, lelaki dalam video itu rupanya adalah seorang pegawai polis yang bertugas di daerah itu dan dia dikatakan sedang menjalani pengasingan diri selepas menjalani ujian covid-19.

Ketua polis Daerah Dompu berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian yang berlaku, tambah lagi video itu turut melibatkan salah seorang anggotanya

Dua kakitangan hospital yang merakam dan menyebarkan video itu pula pada awalnya hanya dijadikan saksi, tetapi kini mereka juga turut disoal siasat.

Tindakan undang-undang juga akan dikenakan kepada kedua kakitangan itu kerana dengan sengaja telah merakam dan menyebarkan adegan intim kedua pesakit itu melalui rakaman CCTV di media sosial.

Bukan ke CCTV tak boleh di letakkan dalam ruang pesakit selain daripada Main area? ‘Invasion of patient privacy’ gituw. Lepastu kakitangan pula tu yang pergi sebarkan. Haih, eloklah dikenakan tindakan pada pasangan kekasih dan kedua kakitangan hospital tu, semoga jadi pengajaran buat orang lain diluar sana.

Kredit: Tribunnews via Ohmedia.my



from Sehinggit Media https://ift.tt/3iSdnjT
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ooXkvc
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment