Wednesday, 13 January 2021

Khabar DUKA lagi MENGEJUTKAN, Syeikh Ali Jaber, Ulama Besar Indonesia Telah Kembali Ke Rahmatullah

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Telah berpulang ke rahmatullah guru kita tercinta Syekh Ali Jaber. Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, tinggikanlah derajatnya di sisi-Mu, dan tempatkanlah ia di tempat terbaik di sisi-Mu. Aamiin ya robbal alamin

Menerusi laporan CNN Indonesia, berita kematian Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber dimaklumkan oleh Ustaz Yusuf Mansyur menerusi akaun Instagramnya @yusufmansurnew.

"Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji'uun. Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, jam 8.30 pagi Tolong berdoa," tulis Yusuf Mansur.

Kemudian kenyataan dari Yayasan Syeikh Ali, turut memaklumkan berita kematian Syekh Ali dengan melaporkan keputusan Covid-19 adalah negatif.

Syekh Ali Jaber berusia 44 tahun pernah disahkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) keesokan harinya di Rumah Sakit Yarsi.

Sebelum itu, keadaan kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan bertambah baik pada 4 Januari seperti mana dilaporkan dalam akaun Instagram miliknya.

"Keadaannya semakin baik, pasukan perubatan mengatakan ada kemajuan, cukup baik dan terus menunjukkan peningkatan," menurut kenyataan pada Instagram itu.

Bagaimanapun beberapa hari kemudian, gambar beliau tersebar di laman sosial menunjukkan Syekh Ali tidak sedarkan diri dan menggunakan alat pernafasan atau ventilator.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bE62mA
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3oMskpY
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment