Monday, 18 January 2021

Salji Turun Di Arab Saudi Dan Gurun Sahara

RIYADH - Ketika dunia dilanda salji dan ais di kebanyakan tempat pada Januari ini, gurun di Afrika dan Arab Saudi turut tidak terkecuali mendapat fenomena itu, lapor portal berita MailOnline pada Isnin.

Pada bulan ini, suhu di wilayah Asir, Arab Saudi jatuh kepada - 2 darjah Celsius berikutan cuaca sejuk dan salji, lapor portal berita The News pada Ahad.

Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin.

Menurut portal watchernews.com salji dilaporkan melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.

Sebelum ini, portal berita Al Arabiya melaporkan salji turun di kawasan pergunungan wilayah tersebut pada awal April 2018.

Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada - 3 darjah Celsius.

Menurut MailOnline, gurun Sahara yang amat panas dijangka akan kembali hijau dalam tempoh kira-kira 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca sejak lebih ratusan ribu tahun lalu.

Pada tahun 2018, bandar Ain Sefra yang berada 1,000 meter dari paras laut itu diliputi salji sejak tahun 2018 dan 2017 dengan kali terakhir fenomena itu berlaku pada tahun 1980.

Suhu di bandar itu kebiasaannya ialah 12 darjah Celsius pada bulan Januari dan hampir 40 darjah Celsius pada bulan Julai. - Agensi



from Sehinggit Media https://ift.tt/38TZM8v
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KpdvdQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment