Seorang perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan bawah umur ketika ditahan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak pada minggu lalu.
Berdasarkan laporan polis yang dibuatnya, dia ditahan pada 8 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian haram.
Ketika ditahan di sel lokap berasingan daripada tahanan lelaki, mangsa mendakwa pintu sel lokap lelaki tidak berkunci.
Kemudian, pada 9 Jan, mangsa berkata pelaku, yang didakwanya mempunyai kunci, membuka pintu sel lokapnya dan merogolnya di tandas.
Menurut Senator Alan Ling, yang menemani remaja itu membuat laporan polis, pelaku tersebut merupakan pesalah juvana.
Perogol itu telah didakwa pada 12 Januari atas perbuatan itu dan mengaku bersalah.
Dalam laporannya, remaja itu menggesa polis agar menyiasat kecuaian yang menyebabkan dia dirogol, serta jika ada unsur "persubahatan dan penglibatan" pihak polis.
Ketua polis Sarawak Aidi Ismail ketika dihubungi berkata, dua pegawai polis yang ditugaskan menjaga lokap ketika kejadian itu telah digantung tugas dan kini dalam siasatan.
“Mereka sepatutnya menjalankan tugas tetapi gagal melakukannya.
“Kami juga akan menyiasat penyelia mereka, sama ada telah mengawasi kedua-dua anggota tersebut dan adakah semuanya dalam keadaan seperti sepatutnya atau tidak, "katanya kepada Malaysiakini.
Sementara itu, Ling dan pembantunya Lawrence Law - kedua-duanya merupakan peguam - mempertimbang untuk memfailkan saman sivil bagi pihak remaja tersebut, bagi mendapatkan pampasan dan ganti rugi atas kejadian yang berlaku.
Sumber: Malaysiakini
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bNchEn
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35MHdkx
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment