Sunday, 17 January 2021

Lelaki Cuba Makan Ramen Korea, Terlalu Pedas Hingga Hilang Pendengaran

London: Seorang penulis menyesal dengan tindakannya mencuba mi segera Korea Selatan jenama Samyang yang didakwa menyebabkannya hilang deria rasa selama beberapa hari kerana terlampau pedas.

Reemul Balla berkongsi pengalaman itu dalam satu artikel di portal MyLondon dan mendakwa dia kehilangan pendengaran sebelah telinga selama dua hari.

"Berasal dari keluarga berketurunan Mauritius, saya memang didedahkan dengan makanan pedas sejak kecil.

"Ketika menonton video YouTuber terkenal, Matt Stonie yang memakan 15 bungkus Samyang Korea Spicy Noodles dan berusaha menahan pedas, perasaan ingin tahu membuatkan saya juga teringin merasai tahap kepedasan itu," tulisnya.

Balla berkata, dia kemudian membeli dua bungkus Samyang dari platform beli-belah Amazon.

Pada mulanya, mi segera itu enak dimakan dan keadaan berubah apabila rasa pedas mula terasa. Balla cuma mampu menghabiskan separuh daripada hidangan itu.

"Tubuh terasa kebas terutama jari saya. Wajah saya terasa panas. Sebelah telinga juga sakit hingga saya beranggapan ada jangkitan dalam telinga.

"Rahang saya juga sakit dan sebelah pendengaran saya sudah terganggu. Saya terpaksa menitiskan beberapa titik minyak zaitun di lidah untuk kurangkan rasa sakit itu," katanya.

Menurut Balla, dia akhirnya tahu had mencuba makanan pedas dan menyifatkan mi segera Korea Selatan itu sebagai 'mi penyebab kematian'.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/3nNn0RO
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/35QwfKS
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment