Saturday, 16 January 2021

Teruk Dicakar Kucing, Budak 9 Tahun Tetap Tak Serik Dan Masih Sayang Si Bulus

Kucing merupakan haiwan yang manja dan mudah untuk disayangi namun kucing juga boleh bertindak ganas di luar kawalan.Terutama jika kucing hendak bergaduh sesama mereka, tentu lebih baik tidak cuba untuk mendekati kerena akan memudaratkan diri sendiri.

Baru-baru ini, tular beberapa gambar akan seorang kanak-kanak lelaki yang wajahnya dipenuhi cakaran kucing.

Dalam posting yang dikongsikan ibu kanak-kanak itu di Facebook, wajah kanak-kanak tersebut dilihat luka teruk akibat di cakar kucing liar.

Perkara itu dikatakan terjadi ketika adik Adam Harith sedang memberikan kucingnya makan di luar rumah, apabila seekor kucing liar menghampiri mereka.

Adik Adam yang memang pantang nampak kucing terus memeluk kucing liar itu dan cuba menciumnya, namun ternyata kucing itu tidak manja seperti kucing rumah.

Ibunya meluahkan rasa ingin pitam melihat keadaan anak lelakinya itu selepas diserang dan kanak-kanak itu terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut langsung tidak membuat adik Adam takut atau fobia dengan kucing, sebaliknya dia meminta bapanya agar tidak menghukum kucing liar tersebut.

Dia juga tidak berhenti dari terus memberi makan kepada kucing-kucing jalanan walaupun dalam keadaannya yang masih belum sembuh.

Kisah adik Adam yang tular telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji akan kasih sayang yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tersebut malah turut mendoakan kesembuhan luka yang dialaminya.

Sumber: himpunanceritalawak.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bP2zS3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ihOVIm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment