Sunday, 17 January 2021

“Kerajaan Pimpinan Muhyiddin Berada Dalam Kegilaan”, Anwar Sedia Cabar Proklamasi Darurat

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah.

Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan semua ahli Parlimen mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan baginda membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

“Telah saya umumkan baru-baru ini tentang usaha kami dalam merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mempertahankan Perlembagaan serta rakyat dari salah guna kuasa.

“Dan juga, pasukan peguam telah ditugaskan untuk menyiapkan permohonan untuk mencabar langkah Pengisytiharan Darurat yang dibuat oleh kerajaan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Beliau dalam kenyataan sama sebelum itu menyifatkan kerajaan Pakatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Muhyiddin sedang berada di lembah percanggahan dan kegilaan.

Anwar dalam masa yang sama menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak COVID-19.

"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar jangan putus asa. Negara ini negara yang istimewa, punya pelbagai kaum dan agama, dan saya yakin ini adalah ciri yang terbaik yang kita ada,” katanya.

Sebelum ini, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR berkata, beliau sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen meminta mereka memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membatalkan proklamasi darurat dalam kadar segera.

Sumber: Astro Awani



from Sehinggit Media https://ift.tt/2LwjjD3
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/39J5NUm
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment