Thursday, 14 January 2021

Sajat Makan Ubat Tidur Lima Hari Berturut-turut, Alami Depresi

PETALING JAYA – Tidak lama selepas mendedahkan dirinya seorang transgender dan didiskriminasi ramai, usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat memberitahu kini berdepan depresi sehingga terpaksa makan ubat tidur selama lima hari berturut-turut.

Menerusi hantaran status terbaharu dalam Instagram, Sajat atau nama lengkapnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memberi bayangan fikirannya sekarang seperti tidak lagi siuman.

“Orang macam saya ini tidak layak buat kebaikan. Main otak sampai saya tak betul. Kadang-kadang tulisan jawi pun sudah nampak terbalik.

“Mungkin mereka suka tengok saya melacur daripada buat kerja elok kot (agaknya). Orang macam saya ini tak layak hidup macam orang biasa. Memang kena duduk dekat lorong buat kerja massage (urut) ataupun melacur online (atas talian). Buat sedekah itu adalah mainan agama.

“Pakaian perempuan pula (pakaian sopan) walaupun sudah mempunyai kemaluan wanita,” kata Sajat, 36, seraya meninggalkan tanda pagar #5harimakanubattidur.

Semalam, Sajat menerusi InstaStory miliknya berkongsikan foto memakai alat pernafasan di sebuah pusat perubatan.

“Bila mati, semua akan tenang. 2021 aku nak tenang, aku nak bahagia. Aku nak hidup macam keluarga lain. Insya-Allah. Terima kasih. Buat saya makin dekat dengan tarikh mati saya,” tulisnya.

Terdahulu pada Isnin, Kosmo! melaporkan, Nur Sajat seperti memberi bayangan ingin meninggalkan agama Islam selepas mendakwa kerja-kerja kebajikannya tidak dipersetujui segelintir pihak.

Bukan itu sahaja, Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dia sudah menjalani pembedahan penukaran jantina.

Nama Sajat kembali menjadi bahan bualan netizen selepas mendakwa, dirinya ditahan reman oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana mengadakan majlis doa selamat dan bacaan yassin di pejabatnya di Shah Alam.

Menurut Sajat, 36, dia ditahan pada tanggal 6 Januari lalu di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di Kuala Kubu Bharu dan dilayan secara tidak wajar walaupun telah memberi keterangan dan kerjasama sepatutnya kepada pihak JAIS.

“Saya digari, dikasari dengan kata-kata dan tindakan, dicederakan sebegitu rupa. Tangan dan badan saya bengkak kerana pergelutan saya ketika saya mempertahankan diri,” dedahnya.

Difahamkan, Sajat ditahan selepas mengadakan majlis doa selamat untuk anak-anak tahfiz pada tarikh 23 Februari 2018 sebelum segelintir pihak mengambil tindakan membuat laporan kepada JAIS yang tidak bersetuju dirinya berpakaian seperti seorang wanita yang dilihat seperti mempermainkan agama 

Sumber: Kosmo Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/2LofiR7
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3soQVmL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment