Tuesday 12 January 2021

Tak Perlu Darurat, Kerajaan Ada Kuasa Kawal Covid-19, Kata Tun M

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk menangani penularan COVID-19 tanpa perlu mengisytiharkan darurat.

Bekas Perdana Menteri berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan.

Beliau berkata, semua pihak juga tidak tahu setakat mana pengisytiharan darurat itu boleh mengikat rakyat daripada bergerak.

Katanya, keadaan di negara ini berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang segala arahan atau sekatan diumumkan kerajaan mendapat tentangan daripada rakyatnya.

"Di Malaysia suruh 'lock down', kita 'lock down', suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk di rumah. Ada la dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka.

"Maka yang ada darurat ini kononnya kerana berkembang COVID-19 tetapi apa yang darurat ini boleh buat yang tidak boleh dibuat oleh kerajaan sekarang

"Pendapat saya, kita boleh buat segala usaha untuk kurangkan perkembangan (penularan) COVID-19," katanya pada sidang media selepas melancarkan platform pemasaran Herbee di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas akan dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar kesihatan.

Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada baginda jika pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3seUSdH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38yOLsO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment