Saturday, 16 January 2021

106 Pekerja Asing Positif Covid-19 Dipindahkan Ke MAEPS Serdang

Johor Bahru: Seramai 106 individu yang positif Covid-19 dari Muar, dekat sini, dipindahkan ke Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, kelmarin.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) pemindahan pesakit positif wabak itu dari Muar dilakukan pada 14 Januari lalu menggunakan tiga bas yang diringi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu berkata, semua 106 berkenaan adalah pekerja warga asing.

Katanya, kos penghantaran semua pekerja warga asing itu ditanggung majikan mereka.

"Pejabat Daerah Muar hanya mendapatkan tiga bas dari syarikat bas yang disediakan sebagai pengangkutan bersama tiga pemandu.

"Pihak APM menyediakan 10 pegawai pemantau dan pengiring manakala PDRM menyediakan tiga kenderaan pengiring bersama enam anggota dan pegawai polis sebagai pengiring.

"Penghantaran pertama bertolak dari Muar ke MAEPS pada 8 malam 14 Januari lalu dan tiba di MAEPS pada 10.30 malam.

"Program penghantaran pesakit positif Covid-19 ke MAEPS akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut kes," katanya ketika dihubungi.

Bulan lalu, KKM dilaporkan mengesan satu kluster jangkitan Covid-19 baharu di Johor, iaitu Kluster Bukit Pasir di Muar.

Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-100,103 dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember lalu.

Pada 7 Januari lalu, KKM melaporkan kes baharu yang agak tinggimembabitkan Kluster Bukit Pasir (Muar, Johor) mencatatkan angka tertinggi iaitu 779 kes baharu.

Sumber: Harian Metro



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bIM9KY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Lw2UhY
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment