Monday 13 July 2020

Tugas Kerajaan Pastikan Rakyat Mesti Dibela - PM Jawab Soalan Ketua Pembangkan Dengan Bergaya


Selepas berbulan-bulan lamanya Persidangan Dewan Rakyat tidak diadakan akibat wabak pandemik Covid-19, hari ini telah bersambung semula dan pastinya banyak persoalan dan isu yang akan dibangkitkan pihak pembangkang yang kini diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Antara persoalan yang hangat hari ini adalah tentang mengapa pihak kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Perikatan Nasional tidak membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sebelum diluluskan.

Jawapan yang diberikan Muhyiddin Yassin nampaknya sungguh bergaya dan memihak kepada rakyat. Antara alasan mengapa PRIHATIN, PRIHATIN tambahan dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) tidak dibentang dan mendapat persetujuan dewan ekoran situasi yang mendesak akibat penularan Covid-19.


 Tindakan lulus perbelanjaan bantuan tanpa dibentang di Dewan Rakyat kerana rakyat perlu bantuan segera. Pakej PRIHATIN, PRIHATIN tambahan dan PENJANA tidak dapat dibentangkan di Parlimen berikutan situasi terdesak akibat Covid-19, namun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memastikan rakyat dilindungi. 

Justeru, kerajaan tidak ada pilihan, malah saya berpendapat tindakan segera mesti diambil sebelum Parlimen mula bersidang. - Jelas Muhyiddin yang disoal Ketua Pembangkang.

 Kita tak boleh tunggu sesi Parlimen sebab institusi runtuh sekarang dan perniagaan runtuh sekarang. Tugas kerajaan adalah memastikan rakyat mesti dibela. Ada berpuluh-puluh inisiatif yang kita perlu laksanakan kerana di luar sana rakyat menunggu. 

Mereka tidak boleh menunggu sesi Parlimen ini, mereka nak bantuan disampaikan sekarang. 

Mereka menghadapi kesukaran sekarang, industri dah runtuh, perniagaan tidak boleh dilaksana kalau nak tunggu hari ini (sesi Parlimen). Sebab itu dalam situasi agak terdesak ini, bukan sahaja di Malaysia, banyak negara lain terpaksa berbuat demikian kerana isu pokok adalah COVID-19 (menyebabkan) hampir semua ekonomi dunia runtuh. - Tambah Muhyiddin lagi.

Bagi Ohmedia langkah ini memang terpaksa diambil pihak kerajaan apatah lagi apabila Malaysia pada waktu itu terpaksa menghadapi pertukaran kerajaan dan satu langkah drastik perlu diambil seiring dengan saranan Agong yang ingin melihat rakyat dibela.

Sumber: BH Online



from Sehinggit Media https://ift.tt/3iVt7SJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3063NAT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment