Pembukaan semula sekolah bagi semua pelajar secara berperingkat akan bermula pada hari esok, 15 Julai 2020. Sehubungan dengan itu, rata-rata warga pendidik bertungkus lumus memastikan persiapan untuk pelajar masuk semula ke kelas berjalan dengan lancar.
Bagaimanapun, dalam kegembiraan menyambut kehadiran pelajar, satu tragedi memilukan berlaku apabila seorang guru maut dipercayai jatuh dari koridortingkat satu semasa melakukan kerja-kerja pembaikan sempena persiapan terakhir untuk pembukaan sekolah di Tanah Merah, Kelantan.
Mangsa dikenali sebagai Cikgu Rosli berusia 54 tahun dikatakan meninggal di tempat kejadian kerana dipercayai mengalami kecederaan teruk di kepala.
Menurut perkongsian daripada Facebook, mangsa dikatakan terjatuh ke bawah selepas kerusi yang dipanjatnya patah semasa melakukan kerja pembaikan di koridor sebuah kelas di sekolah tersebut.
cikgu sekolah ayah saya meninggal sebab jatuh bangunan di sekolah ya allah 😭😭😭 the moment we received the news that cikgu lelaki sekolah tu meninggal we're so scared teringatkan ayah— far💫 (@_farahayani) July 14, 2020
Susulan dari itu, ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas peemrgiaan seorang pendidik yang sangat berdedikasi ini termasuklah ucapan takziah daripada bekas pelajar arwah.
Foto: Man PS , Nanajue , Ahmad naim via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/30dfDsY
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2AYfWzj
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment