Sikap kita di jalan raya menggambarkan peribadi sendiri. Pelbagai perkara boleh berlaku bila semuanya berebut ingin cepat sampai ke destinasi.
Oleh itu, kesabaran dan toleransi amat penting bila berhadapan dengan situasi tidak menyenangkan di atas jalan raya.
Dalam video dikongsikan seorang pengguna Facebook, dua orang lelaki yang bersama keluarga masing-masing telah berselisih faham di jalan raya pagi tadi.
Dalam kejadian dipercayai berhampiran Masjid Khalid Al-Walid MINDEF pagi tadi, ketegangan berlaku apabila kedua-dua mereka nyaris berlanggaran antara satu sama lain.
Situasi itu berlaku apabila salah seorang daripada mereka (berbaju biru) ingin segera keluar simpang dan melintas jalan.
Tampak tidak berpuas hati, lelaki yang telah melintas jalan itu kemudiannya datang kembali dan berlaku pertikaman lidah antara mereka.
Dia kemudiannya menyerang lelaki berbaju hitam hingga menyebabkan anak dan isterinya terjatuh dari motosikal.
Sumber: FB via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2CgENPj
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gE82KJ
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment