KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek, tidak menjadikan keadaan kesihatannya sebagai penyebab untuk dia berhenti berusaha mencari rezeki.
Ketika banyak aktiviti ceramah terpaksa dihentikan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia yang dikenali ramai sebagai Ustaz Hanafi, memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan Grabfood.
Satu entri Hanafi di Facebook pada Isnin mendapat perhatian netizen yang kagum dengan usahanya biarpun masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit kanser.
"Janji halal. Bismillah. Ayah tak kisah susah, janji anak-anak tersenyum indah. Kepada Allah aku bertawakal," tulisnya pada kapsyen yang diakhiri dengan tanda pagar #cancerfighter.
Memetik laporan Harian Metro pada Isnin, Hanafi memaklumkan dia berharap kisahnya sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada penghidap kanser yang lain agar tidak berputus asa.
"Teruskan hidup dan jangan putus asa. Lakukan apa yang kita suka dan jangan mengeluh dengan nasib yang menimpa," katanya.
Hanafi, 46, disahkan menghidap limfoma sejak dua tahun lalu dan masih menjalani rawatan, namun keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/38Duq4g
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Z6UOQE
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment