Friday, 3 July 2020

Ayah Khabib Meninggal Dunia, Dipercayai Akibat Komplikasi COVID-19


Ayah peninju terkenal, Khabib Nurmagomedov; Abdulmanap dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 57 tahun, dipercayai akibat komplikasi COVID-19.

Arwah sebelum ini diserang sakit jantung selepas dijangkiti virus itu, sehingga memerlukan pembedahan kecemasan setelah dua kali koma sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Moscow, Russia pagi tadi.

Berita kematiannya turut disahkan oleh keluarga rakannya, Ramzan Kadyrov serta ketua Republik Chechen, memetik laporan Mirror.

Pada waktu sepanjang dirawat di hospital sejak April lalu, pihak doktor memaklumkan bahawa kondisi kesihatannya agak serius tapi masih lagi stabil.


Namun keadaan tidak dijangka, kesihatan arwah semakin menurun dan kritikal hingga akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Berdasarkan laporan Essentiallysports, pada awalnya Abdulmanap dilaporkan mengalami radang paru-paru.

Kemudian, arwah disahkan terkena serangan jantung terlebih dahulu kerana komplikasi dan ianya terbukti apabila terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Arwah bertarung nyawa kira-kira selama dua bulan dengan kondisi yang begitu lemah memaksa beliau diterbangkan ke Moscow untuk rawatan lanjutan.

Sehinggalah beberapa minggu selepasnya, beliau dilaporkan sudah tidak mendapat sokongan hidup (nyawa) selepas koma beberapa hari.

Sumber: The Sun, Givesmesport, Essentiallysports, Mirror via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dX6QjQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3ipAEZL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment