Setelah bergelar ibu bapa, rutin harian suami isteri automatik berubah. Jika sebelum ini, kita tak kisah nak bangun pukul berapa, nak tidur lambat atau cepat kerana tiada komitmen lain yang menganggu.
Bagaimanapun, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar menjelaskan jika ada anak kecil rutin tidur dah mula berubah sepatutnya suami isteri kena saling bertolak ansur.
Cara ini bagi memastikan pasangan tidak cepat rasa stres kerana terlalu penat dan tak cukup rehat.
Berikut perkongsian Dr Rizal:
Bila ada anak kecil tidur mula terganggu. Ramai telah alami. Ramai sedang alami. Tekuni luahan berikut:
“Dr. Rizal. Saya marah betul dengan suami. Dia dapat tidur lama. Nyenyak.
Anak saya baru 9 bulan. Bangun malam 2-3 kali. Suami tidur mampus.
Anak menangis dia tak dengar. Tak bergerak. Bila bangun komplen dia letih sangat.
Saya yang menderita tidur tak cukup. Malam tak nyenyak. Siang pun tak dapat lelap.
Abang si baby kacau. Macam-macam yang dia nak. Macam-macam dia buat untuk tarik perhatian.
Saya yang patutnya letih. Bukan suami saya. Dia pulak yang letih lebih!!!”
Ini luahan Puan N. Ibu muda beranak dua. Suri rumah sepenuh masa.
Mungkin ada senada seirama luahan seperti ini di luar sana.
Beberapa fakta tentang bayi. Kita perlu tahu. Perlu bersedia:
1. Bayi tidak ada jadual tidur yang tetap. Waktu tidur mereka tidak sama dengan orang yang lebih dewasa. Tidur mereka berbeza.
2. Waktu makan mereka juga tidak sama jadual makannya dengan kita. Berbeza.
3. Antara 25-40% bayi mengalami masalah tidur. Mereka menangis di waktu malam. Atau berjaga untuk bermain.
Si ibu atau si ayah pula (bergantung siapa yang bangun) akan mengambil masa selama setengah jam untuk dapat kembali lelapkan mata. Kesannya pada otak dan fizikal sangat besar.
Seminggu sahaja hidup dengan tidur yang tidak menentu seperti ini akan:
1. Menjadi si ibu dan si ayah mudah marah. Mengganggu bahagian kiri temporal lobe. Letaknya di belakang mata kiri kita.
2. 91% hilang kemampuan mengurus emosi dengan baik. Prefrontal cortex (PFC) terganggu. Kedudukannya di belakang dahi kita.
3. Turun mendadak kebolehan kognitif (berfikir) mereka. Sebabnya? PFC menjadi tidak aktif.
4. Kebolehan menyelesaikan masalah akan terganggu. Juga gangguan pada PFC
Pada permulaannya si ibu atau si ayah akan mengalami perubahan mood. Kemudiannya perubahan kognitif. Akhirnya perubahan fizikal.
Berat mula meningkat. Lemak dengan bangganya berkumpul. Perut pula membesar sebagai johan.
Kesannya pada hubungan suami isteri. Anak juga akan menjadi mangsa. Prestasi kerja juga tidak mencanak naik.
“Jadi penyelesaiannya bagaimana doctor? Tanya Puan N.
“Puan boleh cuba beberapa pendekatan ini. Salin.” Jawab saya ringkas.
1. Buat sistem giliran bangun dengan suami.
2. Elakkan bayi tidur dengan perut yang tidak kenyang.
3. Dapatkan tidur di waktu tengahari sebanyak 30 minit. Suami boleh tidur di tempat kerja.
4. Mesti ada komunikasi terbuka dengan suami dalam hal penjagaan anak. Usah hidup dengan andaian dia tahu.
5. Ambil “time-off” seminggu sekali. Tinggalkan anak dengan pengasuh. Boleh juga dengan ibu bapa. Dua atau tiga jam sudah memadai.
Penting untuk kita ada ilmu tentang anak-anak. Kursus kahwin kurang menyentuh hal ini. Perlu sentiasa memperbaharui ilmu.
“Doktor tak buat kursus begini ke?” Tanya Puan N lagi.
“Tidak puan. Perlu ke.” Soal saya.
“Perlu sangat. Sebab penting untuk orang macam kami.” Kata Puan N bersungguh.
Difikirkan macam tak ada sahaja program begini. Atau mungkin sudah ada tapi saya yang tak tahu. Anda rasa bagaimana?
P/S : Mahu ikuti & pelajari ilmu tentang Neurohacking? klik https://ift.tt/38nULmq.
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar via https://ift.tt/2ByeaBO
from Sehinggit Media https://ift.tt/3eYqeyb
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/31BGKjX
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment