Wednesday, 8 July 2020

Kelahiran Yang Unik, Tular Gambar Bayi Baru Lahir Sambil Genggam Alat Cegah Kehamilan


Seorang bayi yang baru lahir tular di Vietnam apabila dia dipercayai memegang alat intrauterin (IUD yang digunakan ibunya dalam usaha untuk mencegah kehamilannya.

Wanita terbabit yang berusia 34 tahun itu dan mempunyai dua anak lain sebelum ini, dikatakan telah memasukkan alat intrauterin (IUD) dua tahun lalu.

Dipercayai IUD keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.

Pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.


Dia juga mengatakan bahawa IUD mungkin gagal mencegah kehamilan sekiranya berpindah dari kedudukan asalnya.

Dua dari gambar tersebut, yang dipos ke laman Facebook hospital, menunjukkan bayi lelaki itu dengan mata tertutup sambil memegang IUD.

Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam rahim wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

Sumber: Dailymail.co.uk via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gBwRXB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2AFn83l
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment