IPOH: Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah memulakan siasatan mengenai individu yang disyaki gagal mematuhi arahan kuarantin di rumah, seperti yang tular di media sosial.
Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai gambar memaparkan individu bawah pengawasan (PUS) yang gagal mematuhi Arahan Pemantauan di Rumah (HSO).
Sehubungan itu, katanya, JKN Perak telah mengambil tindakan serta merta untuk menyiasat perkara itu.
“Jika didapati berasas, tindakan sewajarnya termasuk tindakan undang-undang akan diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Pada Isnin, tular di media sosial seorang wanita yang dipercayai memakai gelang COVID-19 sedang makan minum disebuah kafe di Bandar Meru Raya, di sini.
Tindakan wanita itu dikatakan telah menimbulkan kebimbangan orang ramai, khususnya mereka yang tinggal dan berurusan di kawasan berkenaan.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media News https://ift.tt/39ckrmJ
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3fLyhPt
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment