Monday, 6 July 2020

Malaysia Antara Negara Paling Berjaya Lawan COVID-19 Di Dunia – Perdana Menteri


Malaysia merupakan antara negara yang paling berjaya melawan pandemik COVID-19 di dunia, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jelas Muhyiddin, negara ini telah dapat melalui satu tempoh masa yang amat mencabar, iaitu untuk menangani wabak COVID-19 yang melanda dunia.

“Tapi berkat usaha, kesungguhan dan diri kita semua. maka Malaysia hari ini telah pun dapat dikatakan berjaya untuk menguruskan wabak ini ke satu tahap yang boleh kita katakan, membanggakan.

“Malaysia hari ini telah pun diiktiraf berjaya menguruskan wabak COVID-19 dan dikatakan antara negara yang amat berjaya di dunia. Alhamdulillah,” katanya dalam perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, kejayaan yang diperolehi kini adalah hasil kesungguhan dan kerjasama yang diberikan oleh banyak pihak, daripada peringkat kerajaan hingga ke rakyat jelata.

“(Ia kerana) menguruskan secara bijaksana, tegas, berani dan buat keputusan-keputusan segera yang tepat untuk menentukan wabak penyakit ini tidak menular di kalangan masyarakat kita.


“Kerana ia melibatkan soal kesejahteraan rakyat, kerajaan tidak memandang remeh perkara ini yang berlaku di negara kita, walaupun kita tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan hal sebegini selama lebih tempoh 60 tahun yang lalu,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin mengatakan keputusan kerajaan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini adalah satu keputusan yang sangat mencabar.

Bagaimanapun, pengoperasian semula industri dan sumber ekonomi negara serta sosial di peringkat pemulihan kini juga satu keputusan yang lebih mencabar, demi memastikan kelangsungan kehidupan rakyat terjamin.

“Hari ini kita berbangga kerana sudah sampai ke peringkat PKPP, ‘P’ yang akhir iaitu pemulihan, iaitu satu fasa yang boleh dikatakan memberikan kita banyak ruang untuk memulakan semula kehidupan kita seperti biasa.

“Saya nak mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penjawat awam yang terlibat, (iaitu) the fronliners, doktor, jururawat, tentera, polis, anggota-anggota MKN, NADMA, JKM (dan) mereka-mereka yang berada di barisan hadapan yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu,” tambah Muhyiddin lagi.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada durasi 16:10.


Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2D8Bf1L
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e4NSHW
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment