Wednesday, 15 July 2020

Jari Bertukar Gelap Dan Mula Demam, Lelaki Kehilangan Jari Setelah Tertusuk Ketika Basuh Udang Mentah


Udang sememangnya menjadi salah satu bahan yang paling serba boleh untuk dijadikan pelbagai masakan namun bahagian luarnya yang runcing menyebabkan proses penyediaannya terkadang akan menyebabkan kesakitan.

Seorang lelaki di Singapura dilaporkan telah kehilangan sebilangan besar jari telunjuknya sehari selepas tertusuk udang segar.

Mangsa bernasib baik kerana telah segera dirujuk ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan, jika tidak, dia mungkin akan kehilangan nyawa.

Kejadian itu dikongsikan oleh rakan mangsa di Facebook pada 9 Julai lalu.


Menurut kiriman tersebut, mangsa tertusuk udang mentah itu semasa sedang membasuh hidupan air itu. Menurut mangsa, dia telah beberapa kali ditusuk sebelum ini namun kali ini kesannya nampak berbeza.


Sehari selepas itu, jarinya bertukar menjadi hitam dan mangsa juga mengalami demam ringan. Dia dikatakan pergi ke sebuah klinik dan terus dirujuk ke bahagian Kemalangan dan Kecemasan. Mangsa menjalani pembedahan di sana dan sebahagian jari telunjuknya dibuang.


Menerusi kiriman itu juga, mangsa telah dimasukkan ke hospital selama seminggu dan menghabiskan selama dua hari di Unit Rawatan Rapi selepas pembedahannya.

Menurut Must Share News, mangsa telah diserang oleh bakteria pemakan daging yang menjangkiti manusia melalui kulit yang rosak. Doktor juga menerangkan bahawa bakteria itu boleh merebak dengan cepat sehingga ke ketiaknya dan bahagian badan yang lain.

Ekoran kejadian itu, mangsa juga meminta agar orang ramai lebih berhati-hati ketika membasuh udang dan hidupan laut yang lain agar dapat mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Sumber: Must Share News via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3j4m4Y7
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2CAln83
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment