Sunday, 31 May 2020

Lelaki Mengaku Tak Bersalah Memandu Dalam Keadaan Mabuk Hingga Sebabkan Kematian


PEMANDU Nissan Grand Livina mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.


Justeru, tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gzvl9c
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gAxWjn
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pemandu Mabuk Didakwa Bunuh Kakitangan Alam Flora


KUANTAN - Seorang peraih ikan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh kereta yang dipandu seorang kakitangan Alam Flora sehingga kemalangan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada 25 Mei lalu.

Teoh Kian Peng, 42, dengan tenang mengaku memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Najwa Hashim.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Kian Peng yang memakai seluar pendek dan t-shirt putih didakwa membunuh Irwan Herman Kamarudin, 42, di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Petronas Bukit Rangin jam 9.20 malam pada 25 Mei lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nasrul Hadi Abd Ghani memaklumkan tiada sebarang jaminan dikenakan terhadap tertuduh memandangkan tuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sementara tertuduh diwakili peguam Tay Yi Kuan.

Beliau memohon kepada mahkamah agar memberikan tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan kimia.

Mahkamah menetapkan 8 Julai depan sebagai sebutan kes.

Pada 26 Mei lalu, Media melaporkan seorang kakitangan Alam Flora sedang dalam perjalanan ke tempat kerja maut akibat dilanggar pemandu mabuk di Jalan Pintasan Kuantan secara melawan arus.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MdX0i2
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eC5WKb
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pemandu Mabuk Rempuh Penghantar Makanan, Seret Motosikal 2km


KUALA LUMPUR – Seorang penghantar makanan Food Panda yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas dirempuh oleh pemandu kereta yang di bawah pengaruh alkohol awal pagi tadi.

Nahas itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur.

Semasa berada di kawasan tersebut, motosikal yang ditunggang oleh mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki yang memandu kereta Nissan Livina.

Katanya, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, ACP Dzulkefly Yahya berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa terbabas di bahu kiri jalan dan motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh lebih kurang dua kilometer dari lokasi dilanggar.

Pemandu berkenaan hanya memberhentikan kenderaan yang dipandu di bawah jejantan Stesen LRT Titiwangsa selepas ditahan orang awam.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan maut di lokasi kejadian.

Pemandu kereta yang berusia 21 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pekerja kedai aksesori itu kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik di Jalan Tun HS Lee dan menjalani saringan ujian pernafasan dan didapati positif alkohol.

Dia kini ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1983.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2MjzekG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XQtYdA
via merahhaticintaku.blogspot.my

Cedera Retak Tempurung Kepala Dilanggar Pemandu Mabuk, Suspek Larikan Diri Berjaya Ditahan


KANGAR: Seorang penunggang motosikal cedera termasuk retak tempurung kepala selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam, mangsa Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dikatakan sedang menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek berusia 63 tahun yang memandu kereta Iswara terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira 10 minit selepas kejadian berlaku.

"Suspek dari Kangar yang memandu dalam keadaan mabuk dikatakan ingin pulang ke rumahnya di Taman Bunga Padi.


"Bagaimanapun setibanya di hadapan pasar raya NFS AMG Trading, kereta suspek hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sehingga merempuh mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal dan turut merempuh sebuah lori di parkir di bahu jalan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wari berkata, mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut, namun suspek melarikan diri dari hospital sebelum dia berjaya ditahan semula kira-kira satu jam selepas itu.

"Hasil ujian alkohol terhadap suspek mendapati dia memandu dengan kandungan alkohol melebihi had yang ditetapkan di dalam badan.

"Dia kini berada dalam tahanan polis dan akan dibawa reman pada pagi ini untuk siasatan lanjut, manakala mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gGoISz
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TWIZtA
via merahhaticintaku.blogspot.my

Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Rider Hingga Mati, Seret Motor Hingga 3KM


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed ZailiMohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.


Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya.

"Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

"Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam.

"Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gz8mLs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XhZBxI
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kena Rajin Makan Sayur Taugeh Kalau Nak Turunkan Berat Badan


Terdapat lebih dari 50 jenis sayur-sayuran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai vitamin dan protein.

Setiap jenis sayur mempunyai kandungan protein dan khasiat yang berbeza walaupun semuanya memberi manfaat untuk kesihatan.

Mungkin ada yang belum tahu, sayur taugeh sangat baik untuk meningkatkan kesuburan lelaki atau wanita. Jadi, jika ada pasangan yang telah berkahwin dan masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, amalkan memakan sayur taugeh.

Berikut merupakan antara khasiat yang ada di dalam sayur taugeh :

1- Sumber Enzim

Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim jika dibandingkan dengan sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak.

Enzim ini adalah protein istimewa yang memberikan efek penting buat tubuh, iaitu meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.


2- Sumber Protein

Taugeh juga boleh menjadi sumber protein yang baik, terutama bagi vegetarian yang tidak mengambil protein haiwan seperti daging dan ayam.


Taugeh mengandungi lebih kurang 35 peratus protein untuk tubuh. Selain itu, kelebihan lainnya, taugeh menawarkan protein tanpa tambahan lemak, kolesterol dan kalori seperti sumber protein lain.

3- Mudah Dihadamkan

Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak didalamnya, taugeh mudah dihadamkan. Taugeh juga membantu orang yang memiliki masalah dengan perut kembung atau masalah penghadaman.

4- Menurunkan Berat Badan

Sayur taugeh yang kaya dengan zat dan rendah kalori akan membantu kita menurunkan berat badan sambil memenuhi nutrisi yang diperlukan tubuh.

Di samping itu ia juga kaya dengan serat dan boleh membuatkan kita rasa lebih kenyang. Semua kelebihan taugeh ini membuatkannya sangat sesuai diambil oleh sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

5- Meningkatkan Kesuburan

Taugeh mengandungi vitamin E dan protein yang sangat tinggi. Ia dipercayai dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormone lelaki dapat dihasilkan dengan rangsangan ketika menikmati sayur ini.

6- Mencegah Anemia

Sayur ini dikatakan mempunyai kandungan asid folik yang sangat bagus untuk menghasilkan pengeluaran asid amino dan sel darah merah.

Pengeluaran darah merah yang stabil sangat membantu untuk mencegah terjadinya anemia atau kekurangan sel darah merah.

Petua "orang lama" pun ada menyarankan memakan sayur taugeh untuk kesuburan sperma. Kalau anda tak suka makan taugeh, ubahlah selera mulai sekarang kalau nak sihat dan subur.


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ezj4ji
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TWE6AJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ada Yang Sudi Bantu? Suami Koma, Isteri Tiada Pendapatan & Anak Masih Kecil


Kebahagiaan yang diharapkan sehingga ke akhir hayat diuji dengan satu ujian besar oleh Allah di kala anak-anak masih kecil dan belum mengerti apa-apa lagi. Namun sebagai hamba-Nya kita kena percaya Allah uji sebab Dia tahu kita boleh laluinya.

Bagi seorang isteri, Nuraqilah Roslan, 26, bukan mudah sebenarnya untuk dia lalui keadaan sekarang ini setelah suami tercinta koma selepas kemalangan pada bulan Februari lalu.


Suami Nuraqilah, Muhammad Norezwa, 32, yang terlibat dalam kemalangan itu kini hanya mampu terlantar dan semuanya terpaksa diuruskan.

Memandangkan Nuraqilah tidak mempunyai pendapatan kerana selama ini suami yang bekerja, bila berlaku kejadian ini pada suami, Nuraqilah telah hilang punca pendapatan tetap. Malah pasangan ini juga mempunyai dua orang anak kecil yang memerlukan perbelanjaan setiap bulan.


Mohon bantuan

Sebagai seorang isteri, saya mohon bantuan susu dan lampin pakai buang untuk suami yang koma sejak Februari lepas. Walaupun tidak dapat bantuan lain, dapat bantuan ini pun dah cukup buatkannya lega kerana dialah yang perlu memikirkan kewangan keluarga sekarang.

Nuraqilah dari Kampung Kanchong Tengah, Kuala Langat menyatakan suaminya Muhammad Norezwa, terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja pada 14 Februari lalu.

Teruskan hidup demi anak kecil

Katanya, sejak kejadian itu, suaminya tidak sedarkan diri dan sehingga kini hanya terlantar dan perlu diuruskan semua keperluannya.

“Lepas kejadian itu, ibarat jatuh ditimpa tangga, kami berdepan masalah kewangan kerana hanya suami yang menyara kami sekeluarga.


“Kami mempunyai dua anak dan salah seorang anak, Muhammmad Fadhly Fayyad baru sahaja lahir pada 23 April lalu.

Sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menghubungi Nuraqilah Roslan di talian, 011 51672884 atau menyalurkan ke akaun RHB miliknya, 16203600023307

Nuraqilah Roslan,
Batu 24 Jalan Setia Jaya
Kg Kanchong Tengah

Juga boleh hubungi ,
Tok Soboharto 0132594811
Ketua Kampung Kanchong Tengah

Sumber: Komuniti Kuala Langat via https://ift.tt/2ByeaBO


from Sehinggit Media https://ift.tt/36TyjRG
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XiaOye
via merahhaticintaku.blogspot.my

'Tolong Ayah, Sakit Sangat Ayah, Kakak Dah Tak Tahan Ayah..Tolonglah Ayah'


DUNGUN: "Tolong ayah, sakit sangat ayah kakak dah tak tahan ayah, tolonglah ayah," itu rintihan Nur Nazihah Mohd Sabri yang membuatkan bapanya sering menangis apabila teringatkan rayuannya itu.

Nur Nazirah yang berusia lapan tahun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ketengah Jaya 2, Dungun disengat tebuan Jumaat lalu ketika bermain di kawasan semak berhampiran rumahnya di FELDA Kerteh 4, kira-kira jam 3 petang.

Mangsa, anak ketiga daripada lima beradik itu gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu, kira-kira jam 1.35 pagi ini.

Bagaimanapun, adiknya Muhammad Azib, 6 tahun yang turut disengat tebuan dilaporkan stabil dan kini menerima rawatan di hospital yang sama.

Bapanya, Mohd Sabri Mohd Nor, 41, berkata ketika kejadian dia sedang membaiki dapur rumah ibunya di Bandar Paka manakala isterinya, Rohayu Mat Lazim, 39, tinggal di rumah bersama lima anaknya.


"Saya dimaklumkan kedua-dua anak termasuk seorang kakak mereka berusia 11 tahun serta dua rakan mereka bermain di situ dalam jarak 50 meter dari rumah saya.

"Muhammad Azib yang dalam kesakitan berlari pulang memberitahu ibunya bahawa Nazihah diserang tebuan," katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Kerteh 4, hari ini.

Katanya, isterinya berlari mendapatkan anaknya itu sebelum menghubungi dan memberitahu terdapat banyak sengatan di badan Nazihah.

"Saya ingat itu sengatan lebah dan bila isteri memberitahu ada beberapa kepala berwarna hitam dan besar melekat di baju Nazihah, saya tahu itu tebuan dan meminta isteri segera mengejarkan ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya.

"Saya bergegas dan sebaik sampai di Klinik Kesihatan, keadaan Nazihah masih sedar dan tidak putus-putus merengek sakit yang amat, "katanya.

Menurutnya, dia sungguh terkejut selepas melihat banyak kesan sengatan di dada, perut dan tangan kanan anaknya itu yang dianggarkan melebihi 50 sengatan.

"Saya sering menangis dan tak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung Nazihah dan saya hanya mampu meminta Nazihah bersemangat kuat menahan kesakitan itu.

"Nazihah kemudiannya dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum dihantar ke HSNZ dan sepanjang jumaat dan sabtu Nazihah masih sedar.

"Bagaimanapun, sejak malam tadi, dia semakin lesu dan tidak sedarkan diri sehinggalah dia meninggal di depan saya," katanya.

Mohd Sabri berkata, dia sering menasihati anak-anaknya supaya tidak bermain di kawasan semak di situ kerana sebelum itu dia telah terjumpa satu sarang tebuan.

"Selepas sebulan lebih, saya dapati sudah tiada tebuan di dalam sarang itu dan tidak menyangka tebuan itu membuat sebuah lagi sarang di kawasan anak saya disengat," katanya.

Katanya, anak-anaknya itu tidak pernah bermain jauh dari kawasan rumah kerana dia sering memantau dan menasihati mereka tidak bermain di kawasan berbahaya sepanjang masa.

"Apa boleh buat, saya perlu reda dengan apa yang berlaku, kerana setiap perkara yang berlaku itu sudah ditentukan Allah," katanya.

Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Kerteh 4&5 kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Paka, Mohd Rezuan Adnan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menjumpai sarang terbabit sebesar sebiji bola sepak.

"Itu tebuan biasa dan bukan tebuan tanah dan pihak kami akan menjalankan kerja memusnahkan sarang terbabit dengan segera," katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XOKPxp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Xk4qqv
via merahhaticintaku.blogspot.my

Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu Hari Ini


Lebih 90,000 masjid di Arab Saudi termasuk Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula pada Ahad (hari ini) setelah kira-kira dua bulan ditutup kerana pandemik COVID-19.

Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengumumkan tentang kesediaan kerajaan dan masjid dalam menyambut ketibaan para jemaah selepas beliau selesai menjalankan tinjauan lapangan bagi memeriksa segala kelengkapan serta persediaan.

“Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati masjid-masjid ini sudah lengkap bersedia dan dalam keadaan yang terbaik (untuk dibuka semula),” katanya, memetik laporan Arab News.

Dibuka semula dengan SOP

Difahamkan, pembukaan semula masjid pada kali ini adalah selaras dengan garis panduan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Para jemaah perlu berwuduk dari rumah, sentiasa perlu menjaga kebersihan tangan serta sanitasinya setiap kali masuk dan keluar dari masjid tersebut.


“Warga emas juga dinasihatkan untuk solat di rumah sahaja, manakala membaca Al-Quran melalui aplikasi di telefon serta dibawa sendiri dari rumah juga adalah digalakkan.

“Bawa sejadah sendiri dari rumah juga amat digalakkan dengan mengamalkan penjarakan sosial ketika berjemaah dalam dua meter, selain kanak-kanak bawah 15 tahun tidak dibenarkan datang, memakai topeng muka dan elak dari bersalaman juga amat disyorkan,” kata menteri tersebut, berdasarkan laporan Gulf News kelmarin.

Bagaimanapun, masjid di kawasan Mekah adalah terkecuali setakat ini daripada pembukaan semula masjid-masjid di seluruh negara tersebut.

Sementara itu, di halaman Facebook Masjid Al-Haram, terdapat beberapa rakaman visual (gambar dan video) yang dirakam ketika pembukaan semula Masjid Nabawi pada awal pagi ini.









Azan subuh berkumandang menggamit kerinduan para jemaah



Sumber: Facebook, Arab News, Gulf News via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MfdCpJ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gH8oRo
via merahhaticintaku.blogspot.my

"Kenapa Benci Sangat Dengan Tahfiz, Siti Kasim?" - Rani Kulup Buat Laporan Polis


“Puan Siti Kasim, sudahlah, bertaubatlah."

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini membuat laporan polis terhadap peguam dan aktivis Siti Kasim di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung isu aak dan sekolah tahfiz.

Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu menggesa Siti Kasim berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam.

Ekoran kelantangannya mengaitkan isu pengharaman arak dengan sekolah tahfiz, Siti Zabedah Kassim dituntut membuat permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari dan menarik balik kenyataannya.

“Jangan melampaulah Siti Kasim. Ini perkara yang boleh mencetuskan kontreversi suruh tutup sekolah tahfiz kalau nak haramkan arak.

“Janganlah menaikkan kemarahan rakyat. Perkara yang tidak seharusnya kau cakap. Ayah suka, ayah sayang kamu, tapi kamu keluarkan kenyataan begitu,” katanya kepada pemberita seperti dipetik daripada MalaysiaGazette.

Rani Kulup turut mempersoalkan tindakan Siti Kasim yang menunjukkan dia seolah-olah membenci sekolah tahfiz.

“Tarik balik kenyataan, minta maaf seluruh umat Islam jangan kaitkan arak dengan tahfiz. Kenapa kau benci sangat dengan tahfiz? Di mana kedudukan kamu sebagai orang Islam?” katanya.

Dalam masa sama, Rani Kulup menggesa polis menyiasat Siti Kasim atas kenyataannya sebelum ini berkaitan isu pengharaman arak. 

Sumber: Forum CARI


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gCMPBC
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36MbeA2
via merahhaticintaku.blogspot.my

Perokok Berisiko Tinggi Untuk Dapat Komplikasi Lebih Teruk Jika Dijangkiti COVID-19 – KKM


Putrajaya, 31 Mei – Perokok mempunyai risiko lebih tinggi mengalami komplikasi COVID-19 berbanding individu bukan perokok, lapor Kementerian Kesihatan (KKM). Hal ini menjadikan risiko kematian pesakit COVID-19 yang merokok adalah lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak merokok.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, merokok merosakkan fungsi paru-paru dan menjadikan badan pesakit lebih sukar melawan koronavirus dan penyakit lain.

“Terkini Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 dilancarkan baru-baru ini iaitu pada 29 Mei 2020 menunjukkan prevalens rakyat Malaysia menghidap darah tinggi adalah sebanyak 30 peratus dan penyakit kencing manis sebanyak 18.3 peratus.

“Golongan ini berisiko mendapat komplikasi teruk jika dijangkiti COVID-19 apatah lagi jika punyai risiko tambahan seperti amalan merokok.



“Memandangkan 21.3 peratus rakyat Malaysia dianggarkan merokok, maka mereka lebih terdedah kepada komplikasi COVID-19 berbanding mereka yang tidak merokok.

“Penelitian dan analisa awal berkaitan sejarah merokok dan faktor risiko penyakit tidak berjangkit yang telah dijalankan ke atas 86 dari jumlah pesakit COVID-19 yang telah meninggal dunia di Malaysia mendapati 19.8 peratus (17 orang) adalah terdiri daripada golongan perokok.

“Analisa juga mendapati bahawa kes kematian COVID-19 yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik tetapi merokok, jumlah kematiannya adalah lebih tinggi berbanding kes kematian COVID-19 yang bukan perokok, iaitu 17.6 peratus berbanding 12.1 peratus.”

Susulan itu, beliau turut menggalakkan perokok yang berniat untuk berhenti namun terbatas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“KKM dengan kerjasama pihak Persatuan Farmasi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyediakan perkhidmatan kaunseling berhenti merokok atas talian.”

Perokok juga boleh mendapatkan maklumat bahaya merokok dan COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera dan laman sesawang www.jomquit.moh.gov.my.




Sumber: KKM via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2McqsFh
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZUGVpM
via merahhaticintaku.blogspot.my

'Snake Plant' Boleh KURANGKAN HABUK Dalam Rumah. Siap Diiktiraf Oleh NASA Lagi


Dalam sehari, agak-agak berapa kali mak-mak menyapu sampah dalam rumah. Habuk-habuk yang ada dalam rumah dan ini belum lagi bila anak-anak menyepahkan barang-barang mainan. Sambil membebel, mak-mak kenalah sapu, kalu tak ‘sakit mata’ dibuatnya.

Kalau boleh rumah naklah bersih, tak ada habuk yang boleh membawa masalah kesihatan pula. Jadi, mak-mak yang sangat mementingkan kebersihan, bolehlah berjinak-jinak dengan menanam pokok hidup ini.

Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang pokok hidup Snake Plant nie.

“Snake Plant antara pokok hidup yang disenaraikan oleh NASA yang mampu singkirkan toksid dan bahan cemar bawaan udara di dalam rumah.

Yang paling best semenjak ada Snake Plant atas rak. Rak dah kurang berhabuk. Kalau tak dulu setiap hari nak kena lap habuk.


Snake Plant juga antara pokok yang disebut “Hard To Kill”. Sesuai sangatlah untuk yang baru nak berjinak deco rumah dengan pokok hidup. Yang terasa diri tangan panas atau black hand pun boleh cuba tanam Snake Plant.


Kalau tak tau mana nak dapat, pergilah singgah nursery pokok. Sepasu snake plant RM15 dah boleh dapat..

Mana bahagian akar terkeluar potong je .



Bahagian bawah potong menyerong.Senang nak serap air dan nutrien bila dah cucuk dalam tanam..


Jenis pasu berlubang.


Tutup lubang dengan surat khabar..


Masukkan tanah 3/4 penuh.


Daun yang dah potong tadi. Cucuk-cucuk je dalam tanah.


Dah siap cucuk. Bawa masuk dalam rumah. Alas pasu dengan alas. Nak elak kalau terover siram, air tak lah meleleh atas rak tu.

Ikutlah kreativiti tangan masing-masing. Janji cucuk daun tu tak tumbang.

Tapi pokok ni tak siram 2 minggu pun dia boleh hidup lagi.

Snake plant tak suka air banyak. Jadi siram tu sekadar bagi tanah lembap sudahlah.

Selamat mencuba.

Sumber: Huda Zainal via https://ift.tt/2WmxvPY


from Sehinggit Media https://ift.tt/3eBwLhS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZUt5Dt
via merahhaticintaku.blogspot.my

Kebenaran Golongan Bujang Untuk Bertemu Keluarga Dipertimbangkan - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kebenaran kepada golongan bujang pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu bapa atau keluarga masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Mohd Ismail Sabri Yaakob, memahami perasaan individu bujang yang rindukan keluarga selepas hampir tiga bulan tidak bertemu mereka.

"Saya bersimpati dengan individu bujang. Saya juga pernah bujang dan kalau boleh setiap minggu mahu berjumpa arwah mak dulu.

"Saya faham dan kerajaan sudah mula berbincang mengenai beberapa kelonggaran yang boleh diberikan dalam mesyuarat hampir setiap hari.

"Kepada golongan bujang yang rindukan keluarga, beri kami sedikit masa lagi untuk kita berbincang bilakah mereka boleh dibenarkan melakukan perjalanan. Kita takkan tutup selama-lamanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ZSaUOV
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gBnCYd
via merahhaticintaku.blogspot.my

Saturday, 30 May 2020

Cinta Tak Direstui, Bapa Sanggup Penggal Kepala Anak Kerana Ingin Jaga Maruah Keluarga


Tehran: Hanya disebabkan mencintai lelaki yang 21 tahun lebih tua daripadanya, remaja perempuan dibunuh bapa apabila kepalanya dipenggal ketika tidur di dalam bilik di wilayah Gilan, barat laut Iran.

Kematian Romina Ashrafi, 14, dianggap bapanya sebagai pembunuhan kehormat bagi menjaga maruah keluarga namun mencetuskan kemarahan rakyat negara itu selepas didedahkan media tempatan.

Media menggelar tragedi berkenaan sebagai kegagalan perundangan dalam melindungi hak wanita dan kanak-kanak selain rakyat mewujudkan tanda pagar #Romina_Ashrafi yang diulang ciap 50,000 kali di Twitter.

Kebanyakan mereka mengutuk pembunuhan terbabit dan sifat patriarki dalam masyarakat Iran secara umum.


Memetik BBC, Romina bercinta dengan lelaki berusia 35 tahun dan mahu berkahwin, namun hubungan itu ditentang keluarga hingga dia melarikan diri bersama lelaki berkenaan.

Polis menemuinya selepas lima hari hilang dan Romina dihantar pulang meskipun dia memberitahu nyawanya dalam bahaya jika kembali ke pangkuan keluarga.

Dilaporkan, remaja itu diserang bapanya dikenali Reza dengan sabit pada malam Khamis sebelum bapanya keluar bersama senjata berkenaan di tangan serta mengaku melakukan pembunuhan itu sebelum ditahan polis.

Dalam pada itu, The Guardian melaporkan Presiden Iran Hassan Rouhani mengarahkan kabinetnya segera bertindak menangani kes itu dan melihat semula perundangan yang melindungi wanita dan kanak-kanak.

Penasihat presiden bagi hak asasi manusia, Shahnaz Sajjadi berkata, "Kita perlu mengubah pandangan bahawa rumah adalah tempat selamat untuk kanak-kanak dan wanita. Ini kerana jenayah terhadap wanita dalam masyarakat sangat rendah jika dibandingkan dengan keganasan di dalam rumah."

Undang-undang syariah Iran membenarkan pengurangan hukuman ke atas bapa dan ahli keluarga yang didakwa membunuh atau mencederakan kanak-kanak dalam keganasan rumah tangga atau yang disifat 'pembunuhan kehormat'.

Jika lelaki itu didapati bersalah, dia dihukum penjara antara tiga hingga 10 tahun, berbanding hukuman mati bagi kes pembunuhan biasa.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gFpv6o
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TRSH0g
via merahhaticintaku.blogspot.my

8 Hari Berturut2 Tiada Kematian, Tinggal 9 Pesakit Sahaja Di ICU


Menerusi sidang media harian Covid-19 petang semalam, tiada kematian dilaporkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut dengan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 orang.

Perkembangan itu mengundang rasa lega rakyat Malaysia selain mengucapkan syukur serta berharap agar rantaian wabak tersebut dapat diputuskan dalam masa terdekat.

Alhamdulillah


Moga rantaian ni segera putus


Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya memiliki keupayaan yang tinggi dalam mengesan penularan wabak tersebut yang kini merekodkan 1,317 kes aktif Covid-19.

Tambah beliau, program kesihatan yang mantap seperti aktiviti pencegahan turut menjadi tunjang utama sehingga telah kurang penggunaan katil Covid-19 di hospital.

“Kalau kita lihat di Unit Rawatan Rapi (ICU), ada satu masa dulu sampai 100 lebih pesakit, sekarang ni tinggal sembilan pesakit dengan dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian , Malaysia Gazette via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gGoJWu
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2XkCNxA
via merahhaticintaku.blogspot.my

22 Individu Dikompaun RM1000 Kerana Berkumpul Makan Durian


BALIK PULAU, 30 Mei — Beberapa orang kenamaan termasuk yang bergelar Datuk antara 22 individu dikompaun RM1,000 kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berkumpul makan durian di sebuah tapak menjual raja buah itu di Sungai Pinang, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan di kawasan itu pada 6.30 petang ternampak sekumpulan individu sedang duduk berhimpun dan makan durian di situ.

“Semasa polis tiba di tapak menjual buah durian itu, ada dalam kalangan mereka cuba melarikan diri dan kami mengarahkan mereka untuk duduk semula di kerusi masing-masing. Pemeriksaan mendapati 21 daripada mereka termasuk dua wanita sedang berhimpun di situ serta ada antaranya sedang makan durian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ada dalam kalangan mereka adalah ahli perniagaan terdiri daripada orang kenamaan malah bergelar Datuk. Semua mereka merupakan orang tempatan,” katanya di sini malam ini.

Berikutan itu, beliau berkata kesemua 21 individu berusia 30 hingga 64 tahun itu dan penjual durian berumur 54 tahun masing-masing dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana ingkar PKPB.

Sumber: BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/3exbNAw
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/36K1kz7
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis, Bertindak Agresif Ketika Ditahan


BAYAN LEPAS: Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay, di sini, nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk, malam tadi.

Malah, suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan A A Anbalagan ketika dihubungi, mengesahkan kejadian terbabit yang berlaku pada jam 10.30 malam.

Katanya dalam kejadian itu, suspek cuba melanggar anggota yang bertugas di sekatan jalan raya.


"Namun anggota polis berkenaan sempat mengelak daripada dilanggar kenderaan pemandu itu. Lelaki yang memandu kenderaan jenis Ford Fiesta, dipercayai di bawah pengaruh alkohol," katanya kepada NSTP, hari ini.

Anbalagan berkata, anggota polis yang berada di sekatan jalan raya itu, bertindak menahan suspek sejurus kejadian.

Bagaimanapun, suspek bertindak agresif dan turut memaki hamun anggota yang bertugas.

"Ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat 'Screening Device II' (SDII) mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi tahap yang dibenarkan iaitu 218 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah.

"Lelaki itu kemudian dibawa ke balai polis bagi menjalani ujian saringan kedua," katanya lagi.

Pemandu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Sekyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3048uNt
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gCZJj8
via merahhaticintaku.blogspot.my

Hidayah Tan Foo Hock, Sempat Lafaz Syahadah Sebelum Hembus Nafas Terakhir


"TIGA kali saya suarakan supaya dia berdoa kepada tuhan minta kurangkan kesakitannya sepanjang kira-kira tiga minggu dia tinggal di Subang Jaya, memandangkan dia seorang free thinker, dia hanya diam.

"Akhirnya, kira-kira 9 pagi Selasa lalu ketika saya bangkitkan hal sama, dia minta penjaganya, Nurin, untuk ajar dia mengucap dua kalimah syahadah," kata Suzie Tan Eng Lian, 59.

Suzie adalah adik kepada Tan Foo Hock, 66, yang tular di media sosial beberapa hari kebelakangan ini selepas dikatakan memeluk Islam sebelum meninggal dunia kurang 24 jam kemudian.

Foo Hock dipercayai menggunakan Mohammad Ridzuan Tan Abdullah sebagai nama Islamnya meninggal dunia akibat kanser di kediaman Suzie di Subang Jaya, Selangor, 27 Mei lalu.

Menurut Suzie, meskipun berlainan agama, dia dan adik-beradik lain tiada masalah dengan keputusan abangnya untuk memilih Islam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Malah, Suzie sebaliknya mengakui lega melihat riak wajah abangnya berbeza, malah kelihatan lebih tenang sebaik selesai melafazkan kalimah itu.


"Amat menakjubkan selepas mengucap, arwah kelihatan sangat tenang dan kemudian menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama anak dan menantunya sepanjang hari.

"Menjelang malam, anak dan menantu arwah pulang ke rumah mereka dan pada waktu Subuh, saya dapati abang saya sudah tiada. Dia meninggal dalam tidur," demikian kata Suzie kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, adik bongsu arwah, Mohammed Khairi Tan Abdullah, 54, berkata, keputusan abangnya untuk memeluk Islam agak mengejutkan memandangkan Foo Hock dikatakan tidak menunjukkan minat selama ini.

Namun, Mohammed Khairi juga tidak menafikan abangnya sering dipanggil dengan pelbagai nama Melayu seperti Ridzuan dan Azlan oleh rakannya memandangkan Foo Hock banyak bergaul dengan masyarakat Melayu.

"Jika diikutkan minat, mungkin saya lebih minat untuk memeluk Islam apabila saya sendiri pernah dipuji oleh ustazah kerana boleh menulis jawi dan membaca ayat suci al-Quran dengan baik walaupun saya orang Cina.

"Manakala, arwah, selain banyak bergaul dengan masyarakat Melayu, dia memang fasih berbahasa Melayu, malah fizikalnya juga bermisai menampakkan seperti orang Melayu, namun tiada tanda-tanda dia ingin memeluk Islam.

"Cuma pernahlah ketika umur saya sekitar 12 tahun, saya terjumpa buku Fardu Ain yang mengajar cara solat dan sebagainya di dalam laci arwah.

"Ketika itu arwah berusia 24 tahun dan saya pun tidak mengesyaki apa-apa ketika saya masih kecil, sekadar selongkar barang abang-abang dan saya tidak tanya atau mengadu kepada sesiapa mengenai perkara itu," katanya.

Mohammed Khairi berkata, memeluk Islam bukanlah asing dalam keluarga mereka memandang dia dan kakaknya yang menetap di Singapura sudah sekian lama menganut agama itu.

"Daripada 14 beradik seibu sebapa, saya dan kakak saya di Singapura sudah pun memeluk Islam sejak zaman muda lagi yang mana kakak saya kini juga seorang ustazah di sana.

"Jadi, perkara ini bukanlah asing. Kakak saya (Suzie) pun beritahu saya dalam keadaan bersahaja, 'Khairi, abang kau (Foo Hock) dah masuk Islam' sebaik arwah selesai lafaz dua kalimah syahadah.

"Kakak saya kata, arwah cakap 'aku nak masuk Islam, aku nak mati dalam Islam' sambil suruh Nurin ajar dia mengucap tapi Nurin teragak-agak kerana bimbang dengan respons orang lain, namun dia lakukan juga apabila semua ahli keluarga tidak membantah.

"Ketika itu saya sangat bersyukur dan apabila dia meninggal dunia keesokannya, saya hanya mendoakan yang terbaik untuk dia. Dapat memandikan mayatnya memberikan saya pengalaman indah terakhir bersamanya," katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/2MeOv6q
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gzGg2K
via merahhaticintaku.blogspot.my

Suami Amalkan Setiap Pagi. Tiada Lagi Sesak Nafas, Badan Jadi Ringan, Perut Selesa & Pembuangan Jadi Lawas


Rasanya dah hampir setahun, sejak mr hubby dapat tips & resepi ubat ni dari whatsap group, yang di katakan bagus untuk mengelak sakit jantung & kolestrol, memang saya buatkn sendiri untuk dia, tak pernah putus.

Minuman ni saya masak jadi jus pekat, dan saya masukkan ke dalam few botol, simpan dalam fridge.

Rasa dia masam masam manis.

Dan setiap pagi, sebelum hubby pi masjid for subuh, dia akan keluarkn sebotol, letak atas meja, dan later setiap pagi, dia akan minum satu sudu besar, masa perut kosong, setiap hari, tanpa ponteng.

Dan mr hubby juga akan pastikan, saya juga ambil sepertinya juga, satu sudu besar, setiap pagi.

Kata mr hubby, sejak minum ni, dia rasa dada lebih lapang, tak sesak dada, dan badan jadi ringan, serta pembuangan najisnya lawas, dan perut rasa sedap.


Bahan-bahan

– Secawan cuka epal
– 3 cawan madu
– Bawang putih 10 ketul besar
– Halia 6 ketul besar / halia merah
– Lemon 6 biji


Cara cara

– Kupas & buang kulit bawang putih, halia dan lemon.
– Basuh & bilas, kemudian potong.
– Blend semua bahan dengan 4 cawan air.


( Saya blend 2x, maknanya setiap kali blend saya masukkn separuh ramuan + 2 cawan air).

– Masukkn semua bahan kisar dalam periuk.

– Masukkn juga secawan CUKA EPAL (epal cider).

– Masak semua sekali sampai betul betul mendidih.

( Masa sedang kacau bacalah ayat ayat Quran yangg bersesuaian untuk mencari barokah Allah).


4. Angkat. Masukkan 3 cawan madu. Kacau rata.


5. Biar sejuk. Masukkn dalam botol. (Saya dapat 3 botol).

Simpan dalam fridge.

Minum 1 sudu besar setiap


Inilah jus kesihatan, campuran 5 ramuan ; halia, bawang putih, lemon, cuka epal & madu, yg sebelum2 ni mr hubby letak atas meja unt minum setiap pagi.

Sumber : Mona Din


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XNS1Kr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3gzGeb8
via merahhaticintaku.blogspot.my

'Wabak COVID-19 Belum Ada Penawar, Datang Pula Wabak Kemaruk Kuasa' - Ustaz Kazim


Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias meluahkan rasa kembimbangannya terhadap kemelut politik yang sedang melanda negara kini di sebalik pandemik COVID-19.

Menerusi entri di laman Facebooknya, beliau yang terkenal dengan panggilan Ustaz Kazim menzahirkan rasa sedih dengan apa yang sedang berlaku dalam negara.

"Wabak yang dok ada belum ada penawar, datang pula satu lagi wabak, wabak kemaruk kuasa.

"Yang ini mungkin tiada penawar buat selama-lamanya melainkan kematian," tulis beliau dalam catatan tersebut.


Katanya lagi, ketika negara sedang berperang mengekang penyebaran virus pembunuh itu, sewajarnya ahli politik berganding bahu bekerjasama membantu rakyat dan membangunkan semula ekonomi negara.

Namun, katanya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Beliau membayangkan semua ahli politik yang terlibat hanya mementingkan kuasa dari kesejahteraan dan keharmonian negara.

"Ingatkan dalam menghadapi COVID-19 ni kita boleh bersatu tanpa mengira latar belakang politik, fahaman dan sebagainya.

"Bekerjasama semua supaya COVID-19 dapat diselesaikan, membantu rakyat yang  terbeban dengan wabak ini, membangunkan semula ekonomi dan sebagainya.

"Rupa-rupanya tidak, orang politik tidak mengenal wabak itu semua. Ada yang lebih penting daripada itu, semak jadinya. Sedih terasa di hati. Apa nak jadi ni?" soalnya.


Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2AsJWTd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2MfX694
via merahhaticintaku.blogspot.my

Pasangan Suami Isteri Terpisah Boleh Rentas Negeri Semula Untuk Bertemu Mulai 1 Jun Depan


Arahan larangan rentas negeri bagi pasangan suami isteri yang terpisah telah ditarik balik, berkuatkuasa 1 Jun ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh pihak mesyuarat pada hari ini.

“Larangan tersebut ditarik balik.

“Maka pasangan suami isteri yang terpisah bolehlah berjalan untuk rentas negeri, untuk berjumpa dengan pasangan masing-masing, keluarga, anak-anak dan sebagainya.

“Dan ianya, semua kelonggaran ini akan bermula pada 1 Junm iaitu pada hari Isnin ini nanti,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.


Dalam pada itu, larangan merentas negeri masih lagi berkuatkuasa dan pihak polis hanya memberi kebenaran kepada mereka yang ada urusan kerja dan kecemasan sahaja.

Bagaimanapun, tambah Ismail, aktiviti merentas negeri secara keseluruhannya masih lagi tidak dibenarkan, melainkan syarat-syarat yang telah dinyatakan.

Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit ke 11.


Sumber: RTM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2McXRiX
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ZQM41T
via merahhaticintaku.blogspot.my

Noor Hisham Beri Pujian!! Katil COVID-19 ICU Dari 100 Lebih, Tinggal 9 Pesakit Sahaja


Di atas kertas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya mengawal kenaikan kes kematian ekoran jangkitan Covid-19. Ia dikuatkan lagi dengan tiada kes kematian direkodkan selama lapan hari sejak 22 Mei lalu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya mempunyai keupayaan yang tinggi dalam mengesan penularan wabak itu selain program kesihatan yang mantap dalam memastikan kesihatan pesakit Covid-19 dijaga rapi.

“Kapasiti untuk kita mengesan Covid-19 itu amat tinggi dan keupayaan tindakan kesihatan awam.

Jadi kalau kesihatan awam kita dapat melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengesanan yang baik dan juga kita dapat mengesan jadi kalau kita lihat di hospital pun sudah kurang penggunaan katil iaitu katil Covid-19 yang kita ada penggunaan kurang daripada 15 peratus.


Sumber: malaysiagazette.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2TSVHJQ
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TUS8md
via merahhaticintaku.blogspot.my

Rantaian Jangkitan COVID-19 Hampir Putus Di Malaysia


PUTRAJAYA: Perkembangan semasa kes COVID-19, menyaksikan Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan wabak itu yang dikesan menyusup masuk ke negara ini pada Januari lalu.

Menaruh keyakinan sedemikian, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berdasarkan jumlah kes positif yang semakin menyusut, selain tiada kematian direkodkan untuk hari kelapan berturut-turut.

"Menerusi saringan yang kita jalankan juga mendapati kebanyakan keputusan adalah negatif atau hampir 95 peratus ketika ini, manakala positif adalah tidak ramai berbanding dulu.

"Ia tampak seperti kita hampir boleh putuskan rantaian jangkitan COVID-19 ini, mungkin kita hanya perlukan sedikit masa saja lagi," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.


Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2XHSUUS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dd54vn
via merahhaticintaku.blogspot.my

24 Ditahan Guna Laluan Tikus Di Tasek Gelugor Untuk Rentas Negeri


KEPALA BATAS - Polis menahan 24 individu di dua laluan tikus di Lorong Tengah Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor yang menjadi jalan mereka untuk merentas negeri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis mula menjalankan pemeriksaan di laluan tersebut sejak 27 Mei lalu melalui Op Covid-19.

Menurutnya, jalan tersebut mempunyai dua lorong berasingan yang menghubungkan Kedah dan Pulau Pinang dan dilalui penduduk di sempadan kedua-dua negeri untuk merentas negeri tanpa kebenaran.

"Bertindak atas maklumat yang kita peroleh, Pasukan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU menemui dua jalan tikus di Lorong Tengah Jalan Kampung Selamat, tiga hari lalu.

"Hasil pemeriksaan sehingga semalam, kita berjaya menahan 24 individu iaitu 21 lelaki, dua wanita dan seorang lelaki warga Vietnam. Kesemua mereka turut dikompaun RM1,000 kerana didapati cuba merentas negeri menggunakan laluan berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mereka yang ditahan didapati melakukan pergerakan dari Kedah ke Pulau Pinang tanpa surat kebenaran rentas negeri daripada polis.

"Mereka juga mengaku menggunakan jalan tersebut bagi mengelak daripada ditahan polis.

"Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020," katanya.

Noorzainy berkata, 46 orang ditahan dan dikompaun di Stesen Keret Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Butterworth sejak 23 Mei hingga semalam.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2AmSYkK
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Mf8SAh
via merahhaticintaku.blogspot.my