Thursday 19 March 2020

Tindakan Tegas Akan Diambil, Kerajaan Pertimbang Ketatkan Perintah Kawalan Pergerakan Esok


Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengetatkan perintah kawalan pergerakan bermula esok, sekiranya gagal mencatatkan jumlah penurunan kes Covid-19 meskipun arahan tersebut telah dikuatkuasakan, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

"Untuk flatten the curve kita wujudkan perintah yang telah kita keluarkan, iaitu perintah kawalan pergerakan. Ini pun perlukan compliant daripada masyarakat, kalau mereka tak compliant seperti mana yang kita tahu seperti semalam 40 peratus tidak compliant.


"Hari ini akan diketahui (peratus compliant) esok. Sekiranya masih tak mengurang, masih ada yang degil, kita mesti ambil tindakan tegas melalui akta sedia ada. 

"Iaitu mereka boleh ditangkap atau didenda RM1000 atau dipenjarakan tak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali," katanya dalam temu bual eksklusif di TV1, hari ini.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JbOrmB
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3dccYWj
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment