Thursday 19 March 2020

Peningkatan Kes Covid-19, Kerajaan Pahang Arah Tutup Kedai Mulai 7 Malam


KUANTAN: Kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di lima daerah positif COVID-19 bermula Sabtu ini.

Antara premis yang perlu menutup operasi bermula jam 7 malam ialah kedai serbaneka 24 jam, kedai makan dan stesen minyak.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata lima daerah itu ialah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong berikutan jumlah keseluruhan kes terbaru dicatat pada hari ini ialah 32 kes.

“Penutupan ini bermula jam 7 malam sehingga 7 pagi. Cameron Highlands sudah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 malam sejak semalam,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diharap dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.


Sementara itu, katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas sebanyak RM2 juta sebagai bantuan khas kepada golongan yang terjejas sumber pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan, berikutan penularan wabak COVID-19.

Katanya, peruntukan menerusi Kerajaan Negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu akan diperincikan kemudian.

“Kerajaan negeri juga akan mempercepat Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) bulanan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri yang membabitkan 2,895 penerima.

“Ini bermakna Bayaran Bantuan Am (Peruntukan Kerajaan Negeri) untuk bulan April akan dipercepat pembayarannya pada 27 Mac 2020 ini.

“Selain itu, bagi meringanan beban penyewa premis perniagaan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), pihak PKNP akan memberikan kelonggaran tempoh bayaran sewaan premis,” katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2x7FS9p
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xTxomP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment