Thursday 19 March 2020

Sajat Berang Dituduh Punca Musibah, Tanah Suci Ditutup


Susulan penularan wabak COVID-19, rata-rata negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyekat kemasukan pelancong asing. Tidak ketinggalan kerajaan Arab Saudi juga turut menghalang jemaah untuk memasuki Mekah dan Madinah.

Perkara itu turut memberi kesan kepada jemaah yang mahu menunaikan ibadah Umrah. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wabak berkenaan sebagai ‘bala’, malah ada yang menuduh usahawan kosmetik, Nur Sajat punca musibah tersebut.

Tidak hanya berdiam diri, menerusi Insta Story Sajat meluahkan rasa berang terhadap pihak yang menuduh dirinya punca musibah itu berlaku. Sajat berkata bukan Mekah sahaja ditutup tetapi hampir satu dunia menyekat kemasukan pelancong.

Sajat turut menggesa individu bergelar ‘ustaz’ yang menuduhnya itu supaya memberikan bukti kukuh bahawa tindakannya yang memegang Kaabah ketika mengerjakan ibadah umrah pada Februari lalu menjadi punca sehingga Mekah ditutup


Sajat turut menegaskan bukan dirinya punca penutupan Mekah dan Madinah tetapi kerajaan Arab Saudi bertindak demikian bagi mengekang risiko penularan COVID-19.

Terdahulu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dikecam hebat apabila tampil berpakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika menunaikan umrah. Perkara itu mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan mendakwa status jantina Sajat sudah disahkan sebagai seorang lelaki.


Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WtruD4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UnqEFl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment