Saturday, 1 February 2020

Gara-gara Terlampau Aktif, Doktor Tertoreh Pipi Bayi Ketika Dilahirkan


SEORANG bayi mengalami luka di pipi selepas tertoreh tidak sengaja oleh doktor ketika ibunya bersalin melalui kaedah pembedahan.

Darya Kadochinikova, 19, sepatutnya bersalin secara normal di sebuah hospital di barat Rusia.

Namun doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan selepas kedudukan bayi itu songsang.

Selepas diberikan ubat bius Kadochinikova tertidur dan sebaik sahaja bangun dia terkejut selepas melihat keadaan luka dipipi anak perempuannya itu.


Ibu muda itu dimaklumkan doktor bahawa luka itu berlaku disebabkan bayinya terlampau aktif ketika pembedahan dilakukan.

Malah Kadochinikova dilaporkan demam selepas pembedahan itu.

Hospital bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden itu. 

Sumber: Metro.co.uk / Mstar Online


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2UePzwl
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38ZiFnr
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment