Sunday, 23 February 2020

“Kalau Jumpa Perempuan Yang Boleh Bersusah Dengan Awak, Jagalah Dia Baik-Baik”


Perempuan bukannya tak boleh bersusah payah dengan lelaki. Kalau dah betul cinta, pasti mereka sanggup hidup senang bersama awak sehingga ke akhir hayat. Begitu juga seorang isteri yang sanggup buat apa sahaja bersama suaminya.

Ramai sahaja isteri yang mampu hidup susah dengan suami, tapi kita kena la berlaku baik terhadap dirinya setimpal dengan apa yang dia dah lalui akibat hidup susah dengan kita. 

Bila berkahwin, itu bermakna kita mampu untuk menyediakan itu, menyediakan ini, tapi lain pula yang berlaku selepas berkahwin. Kita tak mampu, tapi ada isteri minta cerai terus?

Dia boleh hidup susah, boleh hidup makan maggi, ikan kering, sardin, perlahan-lahan bina kehidupan antara dia dengan kita walaupun hakikatnya, kita yang kena buat semua tu, kena sediakan semua tu, sebab kita lelaki, kita suami, dan tanggungjawab tiu memang diletakkan dibahu kita.


Berapa ramai isteri yang bangun seawal 3,4 pagi untuk buat nasi lemak, untuk berniaga keesokan paginya itu? Berapa ramai isteri yang ambik upah mengasuh, hadap perangai budak-budak, jaga anak-anak org lain? 

Berapa ramai isteri yang keje di sektor perkilangan, berdiri, 8 jam, 12 jam, jadi operator kilang? Berapa ramai isteri yang setiap hari kena tempuhi jem untuk pergi dan balik bekerja?

Benda ni bukan senang nak buat, tambah-tambah dia la isteri, dia la ibu, balik kerja nanti, ada lagi kerja-kerja yang menanti dia dirumah, penat, letih, lelah dia, siapa yang tahu? siapa yg faham? Cukup bulan, dapat duit gaji, kita pula minta untuk digunakan menampung itu ini.

“Sayang, minta 300 untuk duit bil utiliti, sayang, minta 200 untuk renew insurans, sayang, minta 100 untuk duit minyak moto…”

Dan ada pernah dia tak bagi?

Seorang isteri tu lebih dari mampu untuk hidup susah dengan suami, tapi tolong fahami dan hargai apa yang dia dah buat untuk kita, untuk keluarga kita. Jangan ambil mudah, jangan la buat tak tahu kat dia, jangan tak hargai dia sebab bila dia dah betul-betul rasa apa yang dia buat tu sia-sia, tak bermakna, maka tanpa ragu-ragu, tanpa perlu berfikir 2 kali, dia boleh angkat kaki dari kehidupan kita.

Siapa yang nak hidup susah kan. Semua tak nak, cuma jangan smpai tahap menyusahkan dia balik. Cukup-cukup la dengan kesusahan yang dia alami tu. Dia pun nak senang mcm orang lain.

Sumber: Firdaus shakirin via pesonapengantin.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/37SoH8y
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vg3Itu
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment