Menerusi satu pengumuman yang dikeluarkan oleh Istana Negara melalui siaran langsung sebentar tadi, semua ahli parlimen kecuali Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini dan esok.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata, satu sesi temubual secara peribadi akan dijalankan oleh YDP sendiri dengan setiap ahli parlimen sambil disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Katanya, dalam pertemuan pertama kali dalam sejarah di peringkat persekutuan itu, semua ahli parlimen akan dipanggil secara rawak berdasarkan kapasiti individu tanpa mengikut parti.
Setiap ahli parlimen pula akan diperuntukkan tempoh masa sekurangnya 3 minit setiap seorang untuk menyatakan pendapat dan pandangan mereka kepada YDP.
Temubual yang bermula petang ini pada jam 2.30 petang dan dijangka tamat 7 malam nanti, melibatkan kumpulan pertama seramai 90 orang, manakala baki selebihnya akan disambung pada esok.
Menurut rekod, Dewan Rakyat memiliki 222 Ahli Parlimen yang telah diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada 2018 lalu.
Namun, terdapat pergolakan dalam politik negara apabila terdapat usaha perubahan pentadbiran kerajaan disusuli dengan perletakan jawatan mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-7 pada Isnin.
YDP bagaimanapun berkenan untuk melantik Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu.
Sumber : Istana Negara, Astro Awani via Siakapkeli.my
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2VnoFTw
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/38YNLvR
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment