Komisioner Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI), Sitti Hikmawatty memberi peringatan kepada golongan perempuan untuk berhati-hati ketika berada di kolam renang awam.
Ini kerana kehamilan boleh berlaku pada perempuan yang berenang dengan golongan lelaki di kolam renang awam, yang disebut sebagai kehamilan tidak langsung (tidak bersentuhan).
"Ada jenis sperma tertentu yang sangat kuat. Walaupun tidak berlaku persetubuhan tetapi ada lelaki teransang dan mengeluarkan sperma.
"Lebih-lebih lagi kalau perempuan itu pula sedang berada dalam waktu subur, ia berkemungkinan besar boleh berlaku. Tiada siapa yang tahu bagaimana reaksi golongan lelaki apabila mereka melihat perempuan di kolam renang," katanya.
Namun, pakar kanak-kanak, Dr Kriston Silitonga berkata, kejadian seperti itu belum pernah berlaku dan apatah lagi mendengarnya.
"Sel telur dengan sperma harus bertemu dulu melalui hubungan intim di mana sperma masuk ke dalam vagina.
"Kalau berenang, pakai pula pakaian renang, bagaimana sperma boleh masuk ke dalam vagina perempuan? Dakwaan itu tidak masuk akal," katanya.
Apabila wartawan Tribun Jakarta meminta penjelasan lanjut, Sitti Hikmawatty berkata, maklumat itu diperolehi dari jurnal yang ditulis seorang ilmuan dari luar negara.
Kenyataan Sitti Hikmawatty itu kemudian dipetik oleh portal berita antarabangsa sehingga menyebabkan dia dikecam teruk di media sosial. Malah, netizen Indonesia mendesak Sitti Hikmawatty meletak jawatan.
KPAI juga terpaksa mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa kenyataan Sitti Hikmawatty itu tidak mewakili mereka, sebaliknya hanya kenyataan peribadi sahaja.
Sumber: Tribun Jakarta via The Reporter
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2TkNexR
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cc3HwM
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment