Tuesday, 25 February 2020

Isteri Yang Tidak Bekerja Bukan Alasan Untuk Suami Jadikan Mereka Seperti Orang Gaji

Gambar Hiasan

Memang tidak semua suami ada sikap buruk ini, tapi jika anda tergolong di kalangan mereka, sebaiknya ubah sikap itu ke arah yang lebih baik tentunya ia buat hati isteri bertambah senang… 

Rata-rata kini, ramai pengguna media sosial berkongsi tentang tanggungjawab bersama suami isteri yang dianggap tidak adil apabila berkaitan dengan soal pembahagian kerja rumah.

Ini kerana ramai isteri menganggap diri seperti kuli atau hamba kepada suami. Sedangkan apabila melangkah ke fasa perkahwinan, tanggungjawab bersama suami isteri itu haruslah sepakat supaya tidak mengugat keharmonian rumah tangga. Bayangkanlah, seharian isteri harus memenuhi segala kemahuan suami bagaikan raja tanpa sedari dirinya juga penat melakukan semua kerja itu.

Mana nak jaga anak, kemas rumah, memasak, membasuh pakaian dan lain-lain. Semuanya isteri tanggung seorang diri tanpa bantuan suami. Itu belum termasuk isteri bekerja yang kena hadapi kerja rumah pula selepas pulang dari pejabat! Tanggungjawab bersama suami isteri – Ramai isteri mengeluh letih 


Ketua Perunding Psikologi, Kekeluargaan dan Perkahwinan TwinsTalk Studio Nor Hanita Mohd Shariff berkata keluhan para isteri adalah disebabkan terlalu penat. Malah, mereka merasakan diri mereka seperti kuli juga didorong oleh perasaan yang kecewa. Suami tak mahu membantu langsung di rumah.

Beliau turut menambah, ada isteri makan hati dengan sikap suami yang langsung tidak mahu membantu di rumah. Lebih-lebih lagi jika isteri suri rumah. Mulalah suami pun akan meletakkan sepenuhnya kerja rumah di bahu isteri. Walhal, tak kiralah isteri suri rumah atau bekerja, sepatutnya kerja rumah harus dilakukan bersama dan tidak menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak langsung membantu.

Cadangan Dari Ahli Psikologi Tentang Tanggungjawab Suami Isteri. Bagi ibu atau isteri di luar sana yang menderita memendam perasaan dek kepenatan dan dilayan seolah-olah kuli di rumah, bawa bersabar. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan isteri untuk mengubah semula persepsi dan sikap suami ini seperti:

Jangan timbulkan pergaduhan kerana kita tahu ada suami yang meletakkan ego terlalu tinggi. Isteri perlu lebih kreatif dengan melakukan kerja rumah dalam bentuk yang lebih mudah, fleksibel dan masa singkat. Contohnya jika memasak, jimatkan masa dengan memasak makanan yang mudah disediakan tapi kalau rajin dan banyak masa bolehlah buat yang berat sedikit. 

Masak makanan yang mengandungi semua lauk seperti tomyam, sup, masakan kukus dan lain-lain. Membeli pakaian yang mudah dikendalikan tanpa perlu ambil masa terlalu lama untuk diseterika. Sentiasa berbincang dengan suami mengenai perasaan anda dan jangan pernah berputus asa. Lambat laun suami pasti ringan tulang membantu.

Sebelum berbincang, lihat juga mood suami cari masa yang sesuai supaya tidak membangkitkan kemarahan mereka. Apabila sudah berbincang, tanggungjawab bersama suami isteri sudah boleh dibincangkan supaya tidak berlaku persengketaan selepas berkahwin nanti. Ya, memang sifat seorang lelaki suka dilayan tapi bila isteri terlalu penat tentunya dia tidak dapat melayan suami dengan cara yang baik kan?

Jadi biarlah kerja rumah itu dilakukan bersama supaya keharmonian rumah tangga dapat dicapai. Sebab itu bila isteri terlalu tertekan dek sikap suami yang sebegini ia menjadi punca pada perpisahan dan menyebabkan anak-anak jadi mangsa kesan permasalahan orang tua. 

Sebaiknya sebelum berkahwin, setiap pasangan harus bersedia dari segi mental terutama bila mengetahui sikap suami atau isteri tidak seperti yang diinginkan. Ingatlah, bila isteri gembira tentu dia melayan suaminya dengan baik tapi jika dia selalu berduka maka rumah tangga boleh goyah.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News https://ift.tt/391Kfkm
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2HYcOn3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment