Friday, 21 February 2020

Sibuk Sekalipun Kita Sebagai Suami, Sebelum Tidur Tanyalah Keadaan Isteri & Anak-anak


Sesibuk mana pun kita sebagai suami, jangan sampai isteri rasa macam dia tak wujud.

“Saya cari rezeki, bukan buat benda bukan-bukan”

Ya, faham…

Tapi lepas habis cari rezeki, terus la balik rumah, dah sampai rumah, jangan sibuk dengan hp pulak. Luang masa untuk anak isteri pulak walaupun kita sampai rumah dah lewat malam.

Walaupun ada 30 minit sebelum tidur, gunakan 30 minit tu untuk tanya keadaan isteri, apa yang dia buat hari tu, anak-anak macam mana dan sebagainya.


Ambil Tahu, Ambik Peduli Hal Rumahtangga Sendiri Terutamanya Apa Yang Isteri Rasa.

Ada suami kerja bawa lori, dalam seminggu, mungkin sehari dua je di rumah, maka gunakanlah sehari dua tu sebaiknya untuk bersama keluarga.

Ada suami kerja syif 12 jam, campur masa pergi dengan balik kerja, jadi dah 14 jam digunakan untuk keluar dari rumah untuk mencari rezeki. Baki lagi 10 jam, 8 jam guna untuk tidur, kita masih ada masa 1 jam sebelum dan selepas tidur untuk anak isteri.

Maka guna 1 jam tu dengan berkualiti. Kerja ‘on call’ ke, kerja standby ke, outstation ke, apapun jenis pekerjaan kita, kita kena cari juga masa untuk keluarga sendiri.

Jangan asbab kita sibuk cari rezeki, kita hilang anak isteri.



from Sehinggit Media News https://ift.tt/39X4MH3
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2v2MDIQ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment