Wednesday, 26 February 2020

Wahai Isteri, Buat Lima Perkara Ini Agar Rezeki Suami Bertambah

Gambar Hiasan

Perkahwinan itu sememangnya sunnah Rasulullah SAW. Bagi yang sudah menjalankannya, kamu sudah melengkapi separuh iman yang ada di dalam dirimu. Tentu saja sunnah yang dijalankan akan mendapatkan pahala dari Allah SWT.

Hakikatnya kehidupan berumah tangga ada hak dan kewajipan yang harus dipenuhi baik suami mahu pun isteri. Suami harus memenuhi keperluan keluarga, bermula dari mencari pekerjaan dan menafkahi keluarga dengan wang yang halal. Sementara sang isteri juga harus dapat membantu suami dalam mengelola kewangan, mendidik anak-anak dan mengurus perkara-perkara lain berkaitan dengan rumah tangga.

Namun sebagai seorang isteri, kamu juga boleh membantu untuk menambah rezeki suamimu dengan cara mencari keberkatan rezeki. Berikut lima perkara yang boleh para isteri lakukan agar rezeki suamimu makin hari makin bertambah.

1.SEDEKAH KEPADA IBU BAPA DAN MERTUA



Antara perkara yang boleh kamu lakukan agar rezeki suamimu bertambah adalah dengan memberikan sedikit rezeki kepada kedua ibu bapamu dan juga mertua. Berikan atau sedekahkan sedikit rezeki kamu walau hanya sekadar memberikan makanan atau barang-barang keperluan harian.

Dengan cara ‘berkongsi’ rezeki kepada orang tua, dapat menambah keberkahan atas rezeki yang sudah diperoleh. Ini adalah kerana keberkahan rezeki itu diperolehi melalui sedekah yang paling utama dan pertama itu didahulukan kepada orang tua.

2. SELALU INGATKAN SUAMI AKAN REZEKI YANG HALAL

Berdoalah kepada Allah agar suamimu mencari rezeki yang halal untuk menafkahi isteri dan anak-anaknya. Jadilah isteri yang baik dan taat kepada suami, jangan sampai kamu menjerumuskan suami ke lembah dosa dengan banyak permintaan itu, ini yang kamu tahu tidak termampu disediakan oleh suamimu. Pada akhirnya mengakibatkan suamimu melakukan cara-cara yang tidak halal untuk merealisasikan keinginan istenya. Jadilah isteri yang selalu bersyukur atas apa yang telah diberikan oleh suami.

3. UBAHLAH GAYA HIDUP

Kebanyakan isteri banyak menghabiskan wang suami untuk membeli barang atau hal yang tidak penting. Sebagai isteri yang baik, kamu harus bijak untuk berjimat cermat dan menghindari gaya hidup yang boros. Ini kerana perbuatan yang demikian itu tidak baik untuk kehidupan rumah tangga. Ada baiknya untuk berjimat-cermat dan ubah gaya hidup yang lebih sederhana. Ia dapat menambah keberkahan ke atas rezeki keluargamu.

4. LAKUKAN IBADAH BERSAMA-SAMA

Jika seorang isteri taat dan rajin dalam beribadah maka hal ini dapat menambah keberkahan dalam berumah tangga dan juga rezeki. Terlebih lagi jika ibadah tersebut dapat kamu laksanakan bersama, maka pahalanya akan tambah berganda-ganda.

Mulai saat ini, cubalah untuk merencanakan amalan ibadah bersama-sama seperti solat berjemaah, puasa sunat, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain amalan yang mampu menambah pahala.

5. WUJDUKAN SUASANA YANG HARMONI DAN HINDARI PERTENGKARAN

Perkara terakhir yang dapat para isteri lakukan ialah dengan cara menghindari pertengkaran dalam rumah tangga. Isteri yang baik menjadi penenang suami saat stres. Jagalah keharmonian dalam berumah tangga. Ini kerana ia mampu mendorong suami lebih bersemangat dalam mencari rezeki yang halal dan membahagiakan keluarga.

Kesimpulannya jadilah isteri yang menjadi penyejuk hati suami serta ‘penambah’ rezeki suami.

Sumber: kashoorga.com


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2I0BaMM
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2ThwZl8
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment