Wednesday, 26 February 2020

Dugaan Bertunang Ni Hebat, Yang Betul-Betul Tabah Je Boleh Hadap


Bila dah bertunang, maknanya anda dah buat satu ikatan perjanjian dengan seseorang, tak kisahlah sama ada sama ada dulu, dia yang datang melamar awak , atau awak yang datang melamar dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain.

Dugaan bertunang memang banyak. Seperti anda diuji dengan wanita lain yang dilihat lebih baik, itu tandanya tunangan kamu itu yang terbaik, Ini kerana syaitan sedang mengada adakan keburukannya agar pernikahan kamu terbatal.

Manakala kebiasaan pada perhubungan secara tidak baik, pasangan akan dihias oleh syaitan , lantas dia tidak dapat melihat keburukan pasangannya, Maka tatkala lafaz akad nikah sempurna, hilanglah hiasan syaitan maka terdedahlah satu persatu aib iaitu penceraian dan sebagainya.

1. Dugaan


Percayalah kebanyakan alasan putus tunang adalah dari perkara yang kecil seperti orang ketiga, cepat terasa dan tidak mahu bertolak-ansur. Iman dan nafsu tonggak utama untuk anda memastikan pertunangan selamat sampai ke hari besar. 

Bila berdua pasti akan ada perkara ketiga iaitu syaitan, ia akan lakukan apa sahaja untuk meruntuhkan jambatan untuk membina masjid baru. Beringatlah dugaan yang datang ialah kesan dari iman yang nipis dan lemah.

2. Refleksi diri

Jangan terlalu cepat untuk membuat tohmahan. Kenapa ingin bersama dengan si dia buat selamanya jika anda tidak tahan untuk tempoh pertunangan?

Anda punya masa yang panjang untuk berfikir dan perkara yang paling terbaik ialah berbincang dengan pasangan. Biar sama-sama mengenali kelemahan diri supaya dapat diperbaiki sebagai persediaan rumah tangga.

3. Redha

Sekalipun hubungan pertunangan tidak dapat diselamatkan langsung cukup dengan mengenang jangan menjaja.Perkara ini bukan anda sahaja yang menanggung jadi bukan hati anda sahaja yang sakit kecewa. 

Jika anda percaya pada qada dan qadar pasti segala kesulitan hati dapat diserahkan dengan tenang. Lepaskanlah perkara yang pahit itu tak perlu lagi dipendam menjadi dendam.

4. Move On

Bertunang adalah fasa yang paling rapuh sekali sebab itulah anda akan kerap kali mendengar ucapan ‘hati-hati bila berdarah manis’ kerana ia benar. Ringkasan tentang dugaan bertunang adalah datang dari sikap, tindakan, kelakuan anda sendiri. 

Tiada siapa yang paksa anda untuk mengeruhkan hubungan melainkan anda dengar nafsu godaan syaitan. Kalau anda tidak sanggup meredah dugaan dan menebalkan iman ketika bertunang jadi bersediakah anda untuk ke alam perkahwinan?



from Sehinggit Media News https://ift.tt/2PqZSdt
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2TghERF
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment